Jep × Tal : Sabar

2.9K 263 56
                                    

Alunan bacaan ayat-ayat Quran menyapa telinganya. Lantas mata terbuka sejenak. Namun telinganya mendengar bunyi nafas halus di bahagian kanannya. Perlahan-lahan Tal palingkan kepala.

"Allah hu akbar!" Terperanjat melihat susuk di sisi, mujur sahaja dia tak jatuh daripada katil, namun tangan si dia yang berbaring di sisi itu lebih pantas menarik.

"Apa... yang? Malam kedua dah kot abang tidur sebelah. Takkan terkejut lagi. Susahlah macam ni..." kata si dia yang kemudiannya merapatkan diri ke tubuhnya dan mendakapnya dari belakang.

Tal pejam mata erat-erat. Dahi ditepuk perlahan.

Adoi, Siti Talhah! Kau dah kahwinlah! Memanglah akan ada makhluk lain tidur sebelah! 

Jujur, dia belum biasa. Sepanjang hidup, memang jarang-jarang tidur dengan lelaki di dalam bilik. Almaklumlah, dia seorang bunga di kalangan adik-beradik. Mana boleh tidur dalam bilik dengan abang-abangnya. Kalau tidur melambak-lambak beramai-ramai di ruang tamu tu pernahlah. Tu pun, jarang sangat!

Air liur ditelan.

"Dah nak subuh. Bangunlah!" Balas Tal.

"Hmm..., jap. 5 minit," selamba jawab si dia sambil mengemaskan pelukan.

Tal berdecit kali ini.

"Bangunlah, abang. Nanti mak ketuk pintu, baru nak menggelabah!"

Kali ini Jep angkat kepala. "Eh, abang kena terjun tingkap lagi ke?"

Terus pecah gelak kecil Tal. "Nak ke?"

"Tak nak ah!"

Tal tergelak lagi. "Dah, bangun! Pergi mandi," arahnya kali ini dah terus duduk dari baring.

Jep mengeliat. "Sejukkk.... Sabar jap! Kat rumah mak, abang mandi pukul 10 kalau tak kerja."

"Eh, eh, eh. Jangan buat perangai! Takkan nak pergi masjid tak mandi!"

"Semayang dekat rumah dengan yayang tak boleh ke? Jemaah jugak.."

"Encik Jebat Fahmi, saya cuti. Bendera merah. Lupa ke? Nak semayang dengan saya apa kemenda?"

Jep sengih sambil menggesek mata. "Tak pun. Jebat Fahmi kesayangan Siti Talhah tak lupa. In fact , belum habis kecewa lagi ni. Spoil betul baru kahwin Jepun dah masuk menjajah!"

Laju tangan Tal mencubit si suami yang berkain pelikat itu. "Miang! Itu aje yang diingatnya! Pergi mandi!"

Jep mengaduh sedikit, pedih dicubit kemudian tersengih. "Jomlah..."

"Jom ke mana?"

"Mandi!"

"Kau nak kena pukul ke, Jep?" Tal dah mengangkat penumbuknya.

Bergegas Jep turun daripada katil dan mencapai tuala.

Tal hanya memandang tajam hingga kelibat suaminya itu tak lagi kelihatan. Tal tergelak kecil. Geleng kepala.

Jep, Jep...

🎀  🎀  🎀  🎀

"Aih, awal turun pengantin baru! Oh, lupa, lupa! Jepun sudah mari. Dok bilik lama-lama pun buat apa kan?" Along mengusik.

Tak berdecit. Penumbuk diangkat ke arah abangnya itu. "Nak kena ke, long?"

Along hanya tertawa sambil mencuit bahu Jep yang sedang tersengih mengunyah bihun goreng yang terhidang. 

"Yang along ni pagi-pagi dah tercongok dekat rumah mak ni apahal? Bini kau tak buat sarapan ke? Sibuk je.." tanya Tal.

"Eh, baik sikit eh. Aku siap sarapan dah dekat rumah tadi. Ayah Haji tu yang suruh aku datang pagi ni," balas Along.

The untold stories...Where stories live. Discover now