Dira duduk di tempat yang dia dan kawan-kawannya duduk dulu. Ketika pertama kali dia bersua muka dengan mamat stone cold itu. Ketika itu dia baru balik daripada 'friendly match' bola jaring mewakili sekolah, melawan Sek. Men. Keb Subang Jaya. Selepas habis pertandingan, mereka nak ke Sunway Pyramid, singgah makan sebentar di McD berdekatan.
Nia juga ada masa itu. Terkenang Nia, Dira mengeluh sendiri. Dengar cerita, Nia dah putus untuk kesekian kalinya dengan Haziq. Kata Belle, Haziq pukul Nia di khalayak ramai, sampai ayah Nia nak buat laporan polis.
Dira hanya sepi tak memberi apa-apa komen tentang insiden itu. Pada Dira, Nia sendiri yang mencari penyakit. Bukan mereka tak pernah melarang hubungan Nia dan Haziq. Dia yang degil. Pergi sambung semula dengan Haziq sebab patah hati dengan An. Dah kenapa?
Rasa ralat itu memang ada kerana hubungan persahabatan mereka jadi begitu. Tetapi dia malas dah nak fikirkan. Lantak lah! Nia yang mula!
Dira memandang jam. 315 petang. Dia memanjangkan leher. Melihat kalau-kalau ada kelibat An di mana-mana.
An memang tak nak datang ke?
Lambat kot! Tunggu lah dulu!
Lantas dia keluarkan telefon bimbit.
+Mr Stone Cold, saya tunggu awak tau!
Whatsapp ditutup. Wajah lelaki yang menjadi wallpaper telefon itu kelihatan di skrin. Dia senyum.
Datang ye An! Kita rindu.....
'''''''''''''''''''''
TOK! TOK! TOK!
Bunyi ketukan pintu itu membuatkan An tersentak. Dia lantas terduduk dari baringnya. Mengusap wajah.
Allah, aku terlena!
TOK! TOK! TOK!
Sekali lagi pintu diketuk. Malas-malas dia bangun membuka pintu.
"An, daripada tadi An berkurung dalam bilik. Makan tengahari pun tak! Tak lapar ke?" Mak Teh bertanya dengan riak bimbang. An menggesek mata. Sambil itu dia sandarkan kepala ke daun pintu.
"Kejap lagi lah, Mak Teh!"
"Kejap lagi tu bila? Petang dah ni! Nanti perut masuk angin!"
"Pukul berapa dah ni?" Mata masih terpejam. Mengantuk belum hilang.
"415 petang dah!"
An mengangguk. Dah pukul 4..ha???!
"415?!!! Alamakkkkk!!!" An menjerit.
Mak Teh pandang dengan mata terkebil-kebil. Dah kenapa budak ni? Tiba-tiba menjerit macam ni! Tadi pun aku dengar dia menjerit jugak.
"Iya! Petang dah. An dah zuhur belum?"
An masih dengan riak terkejut.
"Ya Allah!" Lantas pintu ditutup rapat.
Mak Teh terkebil. "Apa-apa aje lah budak ni?!",
Menggeleng kepala dan terus turun semula ke bawah. Balik dari Tokyo kali ni, si An ni kuat menjerit pulaknya! Haih, pelik-pelik!
''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Dira berjalan longlai sambil menjenjeng gitar biru itu ke kereta. Sejam setengah lamanya dia menunggu. Berharap kelibat An akan muncul. Lambat pun tak apa. Dira tak kisah. Asalkan An tunjuk muka. Namun hancur harapannya, kerana sehingga jam 430 petang, kelibat An tak kelihatan langsung.
Dia masuk ke dalam kereta Viva itu. Gitar itu diletak elok di tempat duduk penumpang belakang. Mengeluh. Pintu kereta ditutup rapat. Dikunci.
Enjin kereta dihidupkan.