COVID-19 Story #1

6.6K 578 156
                                    

"Tak ada orang lain boleh teman ke?" Dia bertanya dengan nada serba-salah.

"Una, kalau ada orang lain boleh teman, dah lama aku angkut anak bini aku balik KL. Tak ada la susah-susah An ulang-alik Shah Alam-KL hari-hari," jawab adiknya itu.

Sebaik sahaja mendengar pengumumam Perdana Menteri tentang Perintah Kawalan Pergerakan yang bakal berkuat-kuasa pada hari lusa, dia terus menelefon adik-adiknya dan bertanya siapa yang boleh menetap di Subang menemankan Daddy mereka. Takkan Daddy nak duduk sorang-sorang di rumah. Mak Teh mesti berkurung dalam bilik layan drama bila tak ada kerja.

An baru sahaja memberitahu yang dia terpaksa menetap di rumah mertuanya di Shah Alam. Ayah mertua An, baru sahaja balik dari Institut Jantung Negara selepas menjalani pembedahan bypass. Jadi, Dira mahu membantu ibunya merawat ayahnya di rumah. Terpaksalah An dan anak-anak juga berkampung di sana. Katanya,adik-beradik Dira yang lain ada hal penting yang lain. Jadi, Dira yang menawarkan diri menetap di situ menjaga orang tuanya.

Har pula, terpaksa berkuarantin di rumah sendiri, selepas dapat tahu yang salah seorang dari ahli mesyuarat yang dia hadiri tiga hari lepas adalah peserta ijtimak tabligh Sri Petaling dan disahkan positif COVID-19. Jadi, semua yang mempunyai kontak dengan si pesakit dalam masa terdekat dinasihatkan untuk menjalani saringan dan berkuarantin di rumah. Jadi, sah-sah Har tak boleh ke rumah Daddy. Una dan An pun tak galakkan.

Una berdecit. "Kalau tak boleh nak buat macam mana. Tak apa la."

"Una tak boleh balik ke?" Tanya An pula.

"Esok Marul kerja lagi. Dah petang baru nak balik KL, takut tak sempat pulak. Diorang start tutup jalan, bila?"

"Entah ah. An pun tak sure. Tengah malam kot!"

Una diam sejenak. "Tengok la macam mana. Nanti Una bincang dengan Marul dulu."

"Ok. Apa-apa bagitau balik la."

"Hmm..." itu sahaja jawab Una.

Tak lama kemudian, talian diputuskan.

Untuk kesekian kalinya, Una melepaskan keluhan. Wajah sang ayah terbayang di minda.

Lalu dia dail pula nombor telefon bapanya itu.

Lama juga panggilan berdering sebelum diangkat.

"Hello Una. Kenapa? Una dan anak-anak ok?" Cemas suara Daddy menjawab di sana.

Dia terus mengeluh mendengar suara kebimbangan itu. Begitulah daddynya itu. Selalu fikirkan mereka adik-beradik dulu.

"Hello daddy! Kami ok je. Daddy buat apa? Tidur dah ke?"

"Belum lagi. Daddy baru naik bilik lepas sembang dengan Mak Teh tadi."

"Oh ya ke? Sembang apa?"

"Daddy suruh Mak Teh balik kampung esok. Kan lusa dah start PKP."

"Oh, daddy suruh mak teh balik? Habis, daddy macam mana?"

Dia dengar ayahnya itu tergelak kecil. "Memang la kena balik. Takkan daddy nak berkurung berdua-duaan dengan mak teh pulak dalam masa dua minggu ni. Selalunya, pagi-pagi daddy dah keluar. Malam baru balik. Minimum time at home. Ini 24 jam ada dekat rumah. Daddy tak selesa la berduaan dengan mak teh," jelas daddynya.

"Makan minum daddy macam mana kalau mak teh tak ada!"

Sekali lagi daddy ketawa. "I will be fine, young lady. Don't worry. Daddy cungkil balik bakat memasak daddy. Tak pun, daddy keluar la pergi beli. Kedai makan kan among essential services. Bukak je."

"Tapi, daddy..."

"Hish, jangan bimbang. Daddy ok je. Una dan Marul esok jangan lupa beli barang untuk rumah. Tapi jangan panic buying pulak. Beli seadanya."

The untold stories...Where stories live. Discover now