Anak soleh Mak... (Excerpt from Aku Ada)

4.4K 208 33
                                    

Thor alihkan baring mengiring. Tangan masih memegang telefon. Sedang berbalas mesej dengan Cik Tunang.

Hari ini tunangnya itu, bercuti. Tak bekerja. Jadi boleh lah bersembang panjang.

Tabahlah punya gadis berprofesion doktor sebagai pasangan hidup. Nak-nak lagi dalam tempoh housemanship ini. Sibuknya bukan main. Kadang bengang juga, sampai mesej pun tak sempat balas. Panggilan telefon, lagi lah. Jangan dicita bulan di langit. Lama kelamaan, dia jadi biasa. Alah bisa, tegal biasa.

Jadi bila Teja cuti, mereka ambil kesempatan bertanya khabar. Itu pun selepas Teja puas tidur dan berehat.

“Angah!!” Dia dengar sayup suara Mak Yam melaung.

“Oo..Angah!!”

Thor bingkas bangun.

“Ye Mak!”

“Mak ada buat kuih keria ni. Mari lah minum petang.”

Thor sengih. Angguk.

“Ok Mak! Coming!”

Dia taip sesuatu di telefon.

+Girlfriend saya dah panggil. Dia buat kuih keria. Sedapnya... Nak? Nanti saya hantar gambar 😝 Nanti kita sambung k!

Telefon ditinggalkan di dalam bilik. Dia terus berjalan menuju ke dapur. Mata menangkap bilik yang kosong di belah kanan. Gelap tiada berpenghuni. Katil elok terkemas. Dahi Thor berkerut sedikit.

Haah eh! Sejak tadi aku tak nampak budak kecik ni. Mana dia pergi?

“Mak!”

Mak Yam yang sedang membancuh Teh O menoleh sedikit.

“Adik mana Mak? Bukan dia tengah cuti sem? Orang tak nampak dia dari tadi.”

“Adik kau ke Tanjung Malim. Rumah Mak Long.”

Tangan Thor yang dah separuh jalan membawa keria ke mulut terhenti. “Tanjung Malim? Buat apa?”

“Dia nak tolong Mak Long katanya.”

“Aik?”

Mak Yam menoleh sambil membawa teko berisi teh panas itu. “Apa yang aik sangat nya? Kan dia memang biasa pergi rumah Mak Long tu.”

Thor terus mengigit sedikit cebisan keria. “Dulu. Sebelum dia dengan Je..” Thor berhenti.

“Maksud orang..sebelum..err...sebelum dia err.. masuk universiti.” Dia berdalih.

Bibir digigit sedikit.

Kau pun Thor! Nasib baik tak terlepas cakap!

“Mak pelik jugak, Ngah! Tiba-tiba je. Entah apa kena. Sebelum ni tak cakap apa pun kat Mak dengan Abah.”

Thor kerut kening lagi. Hmm, ada yang tak kena ni! “Ada apa-apa jadi ke sebelum tu?” Tanya Thor.

Mak Yam berkerut kening sedikit mengenang kalau ada apa-apa terjadi. “Entah. Tak ada pulak. Cuma yang Mak bagitau kau tu je lah. Mak Nab kau berkenan nak jadikan adik kau menantu. Tapi Mak dah tolak dah. Dah kata kau, Adik dah ada pakwe. Lagipun Abah memang tak berapa kenan dengan bujang si Nab tu.”

Thor kunyah lagi keria. Pelik, pelik jugak. Fikir, fikir jugak. Tapi keria sedap ni kena jugak makan!

“Tapi Mak memang perasan Adik tu monyok je dua tiga hari sebelum tu, Ngah. Macam menangis rasanya. Bila Mak tanya kenapa, katanya tak ada apa. Dia menangis tengok cerita Korea katanya.”

Thor sengih sedikit. Logik jugak. Budak tu nampak je kasar, tapi hati lembut macam tisu. Cepat tersentuh.

“Putus cinta agaknya, Ngah?”

The untold stories...Where stories live. Discover now