Har❤Q & An❤Dira (Part 4)

8.6K 680 338
                                    

"Take care ok, kiddos! Jangan nakal-nakal. Jangan susahkan Mama, Nanny and Grandma Yam, ok?"

Lutfil mengangguk.

"Kenapa Papa tak ikut? Mama said you are too busy with works." Tanya si kecil itu. Har menoleh memandang Q yang sedang menarik bagasi ke depan rumah.

"Sorry, Lutfil. Next time, kita pergi sama-sama ok? You, your sister, Papa, and Mama. Just the four of us. Ok?" Sengaja dia kuatkan suara supaya dapat didengari sang isteri.

"Promise?"

"Promise!" Kata Har dan mengukir senyum. Terus dia dukung Lutfil dan memeluk anak sulungnya itu erat.

"Take care of Mama for me, ok dude?" Bisiknya.

Si kecil itu mengangguk.

"Tell her I love her. So much."

Lutfil mengangguk lagi.

"Tasha, salam Papa dulu." Kata Q. Tasha berjalan terkedek menghampiri Papanya.

"Be good, ok sayang?"

Tasha angguk. "Love Papa tak?"

"I love you three thousands, Pa." Kata Tasha pelat.

Har senyum. Mata berair.

"I love you infinity, sweetheart." Dan dia cium pipi kiri dan kanan Tasha. Juga di dahi.

Ding! Dong! Loceng rumah berbunyi. Terus sahaja Q membuka pintu.

"Cik Lisya dah siap? Saya ambik beg dulu?" Tanya Abang Roy, pemandu peribadi Mummy. Q senyum.

"Dah Bang. Boleh lah bawak beg turun dulu." Kata Q terus membuka pintu grill dan mengangakan pintu luas.

"Hello peeps! Who's ready for vacation with Grandma Yam??" Tiba-tiba suara Mama Yam kedengaran.

"Me!!!!" Jawab Lutfil dan Tasha serentak.

"Mama Yam bawak kids turun dulu ok? Roy bawak beg turun." Kata Mama Yam dan terus memegang tangan Lutfil dan Tasha.

"Say bye-bye to Papa."

"Bye Papa! Gonna miss you!" Kata Lutfil.

Har paksakan sebuah senyuman. Melambai lemah. "Bye kiddos! Papa gonna miss you too!" Jawabnya. Tak lama, Mama Yam bersama budak berdua itu, dan Abang Roy bersama dua bagasi besar berlalu meninggalkan Q dan Har di pintu rumah.

Har seluk kocek seluar mengeluarkan dompet.

"Kad, and some cash. Untuk expenses dekat sana." Dia hulurkan kad kredit dan juga beberapa helai not seratus.

"Tak payah pun tak apa. Orang ada duit."

"Ambik lah. Icayang masih isteri Abang. Tanggungjawab Abang." Pujuknya lembut.

Q pandang mata sepasang mata Har yang kecil itu. Memang Har bermata sepet. Tapi keadaan mata Har pagi ini, bukan hanya sepet. Sembab dan agak bengkak. Q agak, mungkin Har menangis. Dan bukan Har berseorangan berkeadaan begitu. Q juga. Menangis semalaman. 

Lalu dia sambut huluran Har itu. Namun, tangannya terus ditangkap Har. Menarik dia terus ke dalam pelukan. Dia cuba menolak, tetapi dia terlalu kecil dibandingkan dengan Har. Akhirnya dia hanya diam.

"I'm so sorry. I hope Baby bagi Abang peluang untuk explain."

"Let me go. Diorang dah tunggu." Kata Q.

Har leraikan pelukan. Tetapi tangan Q tetap tak dilepaskan.

"Pergi rest ok? Have fun. Tenangkan hati. Bila Baby balik, kita bincang semula. Ok?" Kata Har lembut.

The untold stories...Where stories live. Discover now