Kid❤️Cik Duck- Duck Face (Part 2)

6.7K 366 134
                                    

Kimi tersengih-sengih berjalan ke pejabatnya. Pintu dibuka, dan dia terus mengambil tempat di kerusi.

Hati rasa gembira. Gembira buat kehidupan sahabat yang semakin baik sekarang. Syasya. Gadis yang cuba ditarik daripada terus hanyut jauh dalam dunia gelap di Sydney sana sepanjang dia berkelana pendek di sana dulu.

Yang sebenarnya, membantu Syasya dulu, bukan sahaja menyelamatkan Syasya, tetapi menyelamatkan diri dia sendiri. Dia sedar yang dugaan yang diberi Tuhan buatnya tak seberapa, berbanding dengan dugaan hidup wanita bernama Batrisya itu.

Throwback

"Kimi, kenalkan, ini husband I, Hafiz Shauqi!"

Kimi menghulur salam. Namun, lelaki itu menghulur tangan kirinya.

"Sorry, I don't mean to be rude, but, I kinda lost my right hand and I didn't put on my prosthetic today, so, harap you tak kisah ye!"

Kimi terpaku sejenak. Iye lah! Lelaki tu tak ada tangan kanan!

"Err...I'm...I'm sorry!"

Lelaki bernama Hafiz Shauqi itu tersenyum. "Don't be! I'm not!"

Kimi angguk. Senyum.

"Syasya selalu cerita pasal you pada I. Katanya, you penyelamat dia!"

Kimi garu dahi. Segan.

"Tak adalah penyelamat! Such a strong word to use! I cakap je!"

Suami Syasya itu sengih.

"So, you kerja apa, Hafiz Shau.."

"Call me Shauqi, please! Hafiz pun boleh! Up to you, but choose one lah! Kesian pulak I tengok! Panjang sangat nak sebut!"

Kimi ketawa. "Ok, Shauqi then!"

Shauqi mengangguk.

"I run my parents' business!"

Kimi angguk.

"Macam mana boleh jumpa Syasya?"

Shauqi menoleh memandang Syasya di sebelah. Jelas di mata Kimi, pandangan itu penuh dengan kasih sayang.

"Kami jumpa di London! I jadi research assistant of one project dekat my uni tu buat pasal prosthetic hand, and he was one of the subjects for the experiment. Masa tu lah kenal. Tiba-tiba je, dah kahwin dengan mamat poyo ni!" Jawab Syasya selamba membuat Kimi ketawa. Mana ada orang kawin, secara 'tiba-tiba'? Ceh!

Shauqi turut ketawa.

"Pandai you eh! Semua part you mengurat I tu yang tak cerita pulak!" Usik Shauqi. Syasya mencebik.

"Perasan! You yang mengurat I eh! Hantar bunga tiap-tiap hari! Sampai budak lab semua perli, lab dah boleh jadi garden!"

Kimi ketawa lagi.

"Jodoh, Kimi! Kita pun tak tau kan! To be frank, I dah putus asa dengan serious relationship. You tau lah, apa yang I buat dulu masa dekat Sydney, lelaki mana yang nak terima I untuk dijadikan teman hidup! I kotor..."

"Sayang..."

Syasya mengeluh perlahan. Memandang Shauqi. Senyum.

"Dia je yang sudi terima I, baik dan buruk..."

Shauqi tarik tangan Syasya ke dalam genggaman.

"Sebab dia pun sudi terima I, baik dan buruk"

Kimi senyum. Rasa terharu melihat pasangan ini. Menerima baik dan buruk. Itu lah kuncinya.

Syasya berlapang dada menerima Shauqi yang cacat, tak bertangan kanan. Shauqi sudi menerima Syasya yang 'tak sempurna' akibat masa silam.

End of throwback

The untold stories...Where stories live. Discover now