Mulut mengunyah karipap. Tangan kanan mendukung Humairah, anak sulung yang baru berusia 7bulan. Tangan kiri memegang nota. Ada ujian sekejap lagi. Dan dia belum bersedia! Matilanakkkkk!!!
"Sayang...",
Ayu menoleh. Suaminya, Fiq baru keluar dari bilik yang menyapa.
"Morning Ay...", Terhenti mulut berbicara apabila melihat baju kemeja Fiq berkedut macam tak bergosok.
"Abang! Baju kedut!! Bukak balik! Ayu iron!",
Fiq menunduk memandang bajunya. Haah la! Berkedut!
Fiq angkat muka semula. Memandang keadaan isteri. Ya Rabbi, dengan anak, dengan nota, mulut pun berisi. Nasib baik kaki tak pegang apa-apa!
Berdecit.
"Tak payah! Abang gosok sendiri!",
"Eh, tak apa! Tak apa! Ayu buat! Bukak! Ayu gosok!",
Fiq akhirnya mengalah. Baju kemeja dibuka semula.
"Abang pegang Maira kejap! Ayu gosok baju lain untuk Abang!",
"Abang boleh buat lah, Sayang!",
"Ambik anak ni! Duduk depan! Breakfast!",
Ayu pindahkan Maira ke pangkuan Fiq. Kemudian bahu sang suami itu ditolak ke meja makan.
Dia mula menggosok. Sambil itu nota yang diletak di tepi dibaca. Tak lama, dia dengar Humairah menangis.
"Ala sayang Ayah! Sabar lah sekejap Maira. Tak payah lah mintak Ibu nenen sekarang! Nanti boleh? Ibu nak baca buku tu! Kejap lagi ibu ada test!",
Tangan berhenti menghayun seterika.
Tangisan anak makin kuat. Dah nama pun baby! Kisah pulak dia ibu dia ada test ke tak! Bila dia nak susu, dia nak susu lah! Pulak tu, anak mereka memang menyusu badan sepenuhnya. Ayu tak mau campur dengan susu formula lagi.
Ayu mengeluh. Alahai! Ingat lepas ni boleh fokus menelaah sekejap. Nampaknya kena melayan Maira la pulak! Susu pun tak sempat pam pagi tadi!
Ayu ada periksa pertengahan sem hari ini. Semalam dia bercita-cita nak bangun tengah malam mengulangkaji. Tapi, dia tertidur ketika menidurkan Maira. Tak terjaga langsung sehingga subuh. Peperiksaan pukul 10 pagi. Tu yang dah macam apa, kelam kabut semacam. Tapi dalam kalut tu, sempat juga goreng karipap segera untuk sarapan suami.
Kenapalah kau boleh tidur lena pulak malam tadi Ayu!!! Sepatutnya kena bangun study!!
Nak buat macam mana. badan dah terlalu letih. Maira meragam sepanjang petang sampai ke malam, langsung tak mahu berenggang. Fiq pula balik lewat, ada mesyuarat penting katanya. Mahu tak mahu, Ayu kena hadap lah! Makan malam nasi putih dengan lauk telur goreng kicap je! Itu je yang sempat dia masak dengan keadaan Maira yang meragam tu!
Psttt!!!! Bunyi desiran datangnya daripada seterika.
"Alamakkkk!!!!",
Ayu menjerit. Cepat-cepat seterika diangkat.
"Kenapa sayang?",
Ayu berdecit. Kemeja biru laut itu diangkat tinggi. Berlubang berbentuk seterika. Jahanam!
"Lah! Baju Ayah dah ada lubang tambahan Maira!", Kata Fiq bergurau.
Dia dengar Ayu berdecit.
"Sayangnya baju!",
"Tak apa lah Ayu! Kemeja sehelai je pun! Sayang pergi lah duduk depan! Biar abang gosok!",
"Eh tak apa, tak apa! Ayu gosok yang lain!",