Rina pandang jam di dinding biliknya. 1.15 pagi. Dia mengeluh lagi.
"Hish, mana ni? Tak call pun! Dah keluar result kan pukul 12 tadi. Dapat apa?" Gumamnya sendiri.
Ye, sebenarnya, Rina sedang menunggu anak muridnya yang seorang itu telefon untuk memberitahu keputusan peperiksaannya yang dah keluar.
Ke aku je yang call dia?
Hish! Nampak sangat tak aku yang tertunggu-tunggu?
Ahh, tak kira lah!
Dia angkat telefon. Bismillah...
Lalu dia dail nombor itu. Azim Syahmi DOME.
Berdering lama tak berjawab.
Ketika Rina hampir putus asa dan letakkan telefon, panggilan berjawab.
"Hello..." Suara serak.
Rina diam sejenak. "Hello, Azim? Tidur ke?"
"Mm..." Itu sahaja jawabnya.
Rina kerut kening. Serius lah? Dia tidur?
"Awak dah cek result ke belum?"
"Belum.."
Sumpah, Rina rasa kecil hati.
"Saya ni tak tidur tunggu awak call dari tadi nak tau result awak tau tak? Awak boleh tidur lena? Awak serius ke tak dengan saya sebenarnya ni?"
"Say..."
Rina terus matikan talian. Sakit hati!!!! Lelaki semua sama je!! Benci!!!!!
Tak lama ada panggilan masuk. Azim. Dia mendengus. Dan panggilan itu ditolak. Dan dia terus matikan telefon.
Tak payah call lah!
''''''''''''
Azim cuba sekali lagi. Terus masuk ke peti suara. Dia berdecit.
Allah. Merajuk pulak dah!
"Achuummm!!!" Dia bersin sekali lagi.
Dia mengeluh. Baring kembali.
Saya demam lah, Girl. Batuk. Selsema. Tadi lepas Isyak terus tidur sebab dah makan ubat. Lagipun, kepala sakitnya bukan main, nak duduk pun tak larat. Sorry lah...
Katanya dalam hati.
Eh, result!
Lantas dia ambil telefon bimbit dan buka aplikasi myiium itu. Membuka profilnya. Result slip. Tak lama, keputusannya terpampang di skrin telefon.
Robotics...robotics....
Dan,
A-
"Wuuuuhuuuuuuuuuu!!!!!" Dia menjerit kuat.
A- weh! Lebih dari B+ weh!!
"Miss tutor, you're mine!!!!"
'''''''''''''
Syuhada terduduk. Jam loceng di atas meja kecil tepi katil itu diangkat. 125 am. 'Side lamp' di tepinya itu dinyalakan.
"Yang! Oo yang!"
Suami yang sedang lena itu ditepuk.
"Hmmm..."
"Kenapa Boy menjerit-jerit tu?"
Azhar berdecit. "Tengok bola la tu! Bayern menang."
Syuhada pula berdecit. Hish dia ni! Tak membantu langsung lah!
"Tengah demam panas tengok bola pulak?"
Azhar mengeluh. Dia buka mata. Memandang isteri yang dah duduk.