Cerita raya kita...

3.9K 310 46
                                    

Berus pelbagai saiz dimasukkan ke dalam bahagian yang memang dikhususkan untuk berus-berus soleknya. 

"Apa lagi, eh?" soalnya sendiri sambil bercekak pinggang.

"My!" Kedengaran suara suami yang melaung daripada depan.

"Ya!"

"Dah siap ke belum?"

"Jap. Sikit lagi nak kemas ni..."

Dia dengar bunyi decitan. Tak lama kemudian wajah si dia kelihatan di muka pintu dengan mendukung Adam, anak mereka yang dah berumur 3 bulan. Kembar Adam, Ain dah lena di depan.

"Seriuslah, Dee? Nak angkut semua benda ke? Rumah daddy dengan rumah kita bukannya jauh pun. Tak sampai sejam pun jaraknya."

Kali ini, Dira yang berdecit. "Kejaplah. Nanti leceh nak patah-patah balik. Biar kita kemas habis-habis."

An geleng kepala. Lalu dia terus ke katil dan berbaring sambil meletakkan Adam di atas dadanya. "Tengok buddy. Mommy nak bawak satu almari barang make up dia. Nak jadi mak andam dekat rumah Tok Daddy nanti."

"Eiii, daddy ni! Kacaulah. Nanti kita tak boleh fikir apa lagi nak bawa!" rengek Dira.

"Spray-spray menda tah tu, dah?"

"Setting spray, checked!"

"Tu yang bagi kilat-kilat dekat pipi tu, dah?"

"Highlighter. Checked!"

"Err, kepit-kepit bulu mata unta tu, dah?"

Dira terus ketawa. "Bula mata unta apa pulak! An ni!"

"Apa-apalah. Unta ke ostrich ke. Dah ke belum?"

Semakin kuat Dira ketawa. Ostrich pulak dahhh.. 

Namun dia mengangguk dan berkata, "Dah!"

"Foundation and brushes, dah?"

"Dah!"

"Lipstick? All types of liners. Eye shadow. Blush. Err... camana nak sebut tu..? contour ke menda tah. Dah?"

"Ommo! Adam, tengok daddy awak ni. He's an expert in make up products already. Comelnyaaaa..." ujar Dira sambil menongkat dagu di birai katil memandang An yang sedang berbaring.

An tersipu sejenak. "Cepatlah! Lambatlah..." 

"Dah, dah. Semua dah. Baju raya semua dah gantung dekat depan. Beg baju, checked! Okey, dah siap, daddy!"

An lantas mengangkat badan semula untuk duduk. Memandang beg bersaiz besar di tepi almari.

"Yang gantung ada jugak. Beg pun besar gedabak camtu gak? Dee plan pindah rumah daddy ke camana ni?"

Dira berdecit lagi. "Eii... biarlah! Bawa baju lebih sikit. Nanti anak-anak muntahlah. Terberaklah. Kan senang dah ada baju salin."

An geleng kepala lagi. "Haih, sukahatilah, Dee. Asalkan bahagia. Jangan malam raya ajak An pergi mall sebab nak beli panties la, bra la, dah eh!"

Terus memerah wajah Dira. Itu cerita raya tahun lepas. Bukan main serabut mengemas, sudah-sudahnya benda paling penting, tertinggal!

"Sebab tulah kena double check ni!" Dira memberi alasan.

"Cepat, cepat! Nanti lambat!" bebel An lantas bangun mengangkat anaknya itu ke depan semula.

Dira tersenyum. Dia tahu An sedang teruja untuk beraya tahun ini. Kerana setelah beberapa tahun, abang kembarnya Har dan isteri akan beraya bersama mereka sekeluarga di Malaysia.

The untold stories...Where stories live. Discover now