Mr Sweet Talker & Cik Duck (Throwback)

3.2K 239 23
                                    

Note from akuorgbiasa:

A little throwback on these two. hehehe.

Enjoy!

****************************

"Syaima, I rasa better you run simulation dulu before proceed purchasing the motor. Guna simulink. Boleh mintak tolong Hakimi ajar. He's good at it.."

"Hakimi..boleh?" Aku pandang Prof. Memang kena angguk lah kan kalau Prof yang bertanya! Maka aku pun mengangguk.

"Ok syaima? Buat simulink tu dulu. But as for now, good progress.."

Aku lihat Syai mengangguk sambil tersenyum. Tak tipu, memang cantik lah. Dah la kulit putih bersih. Bibir merah semula jadi.

Jujur dari hati, aku memang selesa dengan Syai. Mungkin kerana dia macam jelmaan Ayu? Jadi aku rasa selesa.

Perasaan? Sahabat. Aku anggap dia sahabat dan teman bicara. Walaupun teman-teman yang lain memang suka mengusik kami. Tapi aku layankan sahaja. Pada aku, gurau manja sesama rakan. Yang penting, aku tahu, Syaima pun patut tahu, kami tak lebih daripada kawan biasa.

Lagipun, aku tengah cuba rapatkan Syai dengan Zarul. Aku rasa, mereka ni padan. Zarul baik orangnya. Syai pun baik. Dan aku juga tahu, Zarul memang menyimpan hati pada Syai. Semenjak aku rapat dengan Syai, Zarul ada bertanya aku, samada aku ada apa-apa hubungan dengan gadis itu.

"Tak adalah! Kau ni pun! Aku dengan dia kawan lah!"

"Habis, aku nampak kau dengan dia macam ada apa-apa je. Rapat semacam.."
Aku senyum mendengar kata Zarul itu.

"Kau jealous?"

Zarul berubah riak.

"Tak ada lah! Dah kenapa pulak aku nak jealous!"

"Bro, nak menipu pun, biarlah meyakinkan sikit!" Aku lantas ketawa.

"Aku ni tak handsome, Bro. Mana lah padan dengan Syaima tu.."

"Cinta itu buta, Bro!"

"Oo, jadi kau setuju lah aku ni tak handsome?"

Bongok Zarul! Dia yang cakap dulu, lepas tu nak perangkap aku pulak! Untuk membantu sahabatku itu, aku akan mengajak Zarul turut serta aktiviti 'outing sambil belajar' kami di hujung minggu. Biar mereka bersembang merapatkan silaturrahim. Budak berdua ni, nama je satu makmal, bercakapnya jarang-jarang!

"Jena and Zira, I have yet to see the preliminary analysis untuk experiment yang you all buat last month tu. Bila boleh tunjuk?"

Aku lihat Kak Zira memandang Kak Jena. Kak Jena pula hanya tersengih kerang busuk. Aku sengih. Sekejap lagi siap lah, dengar Kak Zira meluahkan rasa tak puas hati pada Kak Jena.

"Next wednesday, datang bilik saya. With the analysis..."

Mereka berdua mengangguk.

"Ok, so that's all. Thank you.."

Kami semua balik ke tempat masing-masing setelah selesai mesyuarat kumpulan penyelidikan kami itu.

Aku duduk di tempatku.

"Kimi, bila free? Nak belajar Simulink.." Syai terus menyinggah ke 'cubicle' aku setelah berbincang sesuatu dengan Prof.

Aku mengeluh.

"Hmm, nanti kita slot in time lah! Tengah sibuk jugak ni.."

Dia mengangguk. "Sabtu ni Kimi nak lepak tak?"

Aku diam. Berfikir. "Aku tak ada plan lagi. Nanti aku roger lah! Zarul, kau nak lepak tak weekend ni?" Aku memandang pada Zarul di sebelah. Syai juga memandang Zarul.

The untold stories...Where stories live. Discover now