Note from akuorgbiasa:
Assalamualaikum,
Warning: Macam agak sedih sikit cerita ni. Haha.
*************
13hb Mac 2020,
"Thank you all! Assalamualaikum," ucap Tn Hj Ibrahim, pengurus besar syarikat Adami and Sons itu mengakhiri mesyuarat di petang Jumaat itu.
Har menutup tablet yang dibawa bersama ke mesyuarat bersama dengan rakan kongsi syarikatnya untuk projek di Cyberjaya. Dia memandang jam di pergelangan tangan. Sudah jam 530 petang.
Balik rumah terus la cerita dia!
Dia lantas bangun.
"Johar! Dani sihat?" Tiba-tiba suara Tn Hj Ibrahim kedengaran menegurnya.
Dia lantas memandang lelaki berusia lebih separuh abad itu dan tersenyum.
"Alhamdulillah. Sihat."
Tn Hj Ibrahim, yang memakai topeng muka itu mengangguk.
"Tak sihat ke, Tn Hj?" Har bertanya melihat lelaki itu memakai topeng muka dan terbatuk-batuk sepanjang mesyuarat berlangsung.
"Batuk sikit. Biasalah, Johar. Dah season... Pening batuk selsema tu biasa la."
Har tersengih.
"Mintak diri dulu, Tn Hj!" Kata Har menghulur salam. Dah biasa diajar adab dengan orang lebih tua, maka dia hulurkan salam. Dan Tn Hj Ibrahim pantas menyambut.
Har langsung keluar daripada bilik mesyuarat.
Eh, rasa nak terkencing pulak! Kang tengah jalan nak kencing lagi susah. Baik kencing siap-siap!
Lalu dia terus menuju ke tandas sebelum bergerak pulang ke rumah.
**********
Ahad, 15hb Mac,
"Sure?"
"Hmm. Kiterang malas nak keluar la. Korang pergi je la."
"Ok. Jangan merajuk pulak cakap aku tak ajak eh!" Kata An.
Har ketawa.
"Tak kuasa iols!" Balasnya.
An ketawa lalu mematikan talian.
"Macam mana, Dy? Diorang nak join?"
An menggeleng. "Har malas keluar katanya. Kita je lah pergi dinner dekat restoran tu,"
Dira tersengih dan mengangguk. Pelik juga tu! Har menolak bila diajak keluar makan. Nak-nak lagi bila diajak cuba restoran yang baru, yang mereka belum pernah cuba.
Hari ni An mengajak Har anak beranak untuk bersama-sama mereka ke restoran milik abang kepada kawannya. Restoran yang menghidangkan ala-ala Shell Out. Tetapi Har menolak.
Dah la semalam pun berkurung di rumah sekeluarga tu.
"Ni tak lain, dia tengah mabuk main game XBox One baru dia tu la tu. Kan bendalah tu baru sampai kelmarin!" Kata An.
Dira terkekek ketawa.
"An tak nak menyibuk join sama ke?" Duga Dira.
"Malas."
"Kenapa?"
"Sebab An dah order lain untuk rumah kita..." selamba jawabnya.
Dira buntang mata. "What?? Tak bincang dengan kita pun! Kan mahal benda tu!"