Lebih hantu dari hantu!

3.2K 176 28
                                    

Random one on weekend. Plan nak tulis pasal orang lain, tiba-tiba jadi cerita orang lain..wakakaka.. halal lah..

Oh ya, timeline cerita ni before Ain & Apit kahwin. Selepas ex Ain kacau Ain dekat rumah tu. Siapa yang dah baca CCE boleh relate kot. Yang belum baca...err.. lepas ni boleh beli n baca..wakaka...

Enjoy! (Hopefully 😝😝😝)

*******

"Okey ke tu? Bertiga dalam bilik ni? Tak sempit?" Tanya Apit sambil terintai melihat ke dalam bilik tamu itu.

Ain menoleh sejenak lantas mengukir senyum. "Okey, Apit. Don't worry. Selesa je. Bilik ni besar."

Apit ukir sengih dan mengangguk. "Ain rehatlah," beritahunya.

"Apit, err... okey ke kami stay overnight dekat sini? Mak long ok ke tu? Ain tengok muka dia ketat je masa kitorang sampai tadi."

Apit tertawa. "Alah, chill la. Ini rumah pak cik Ain jugak kan? Mama tu bukan muka ketat. Dia dah bubuh tah apa krim dekat muka tu. Tu yang kejung semacam."

Ain terkekek ketawa. Sukahati dia kata muka mak dia kejung!

"Okeylah. Make yourself at home. Nak apa-apa, ambik je dekat dapur. Okey?"

"Okey. Thanks, Apit. Nak masuk bilik dah ke?"

Apit pandang wajah bersih Ain kemudian tersenyum senget. Tangan dipasakkan ke dinding dan dia hampirkan tubuh kepada Ain sedikit seraya berkata,
"Kenapa? Tak nak berpisah dengan Apit ke? Nak ikut pergi bilik Apit?"

Wajah Ain terus memerah malu diusik begitu. "Hish! Tak ada maknanya! Dah, pergilah!"

Apit terus tertawa. "Rest. Good night!" Apit kenyitkan mata sebelah dan berpaling pergi.

Ain geleng kepala perlahan. Bibir bawah digigit lembut.

Ada-ada je! Nakal!

*********

12 tengah malam,

Kereta berwarna merah putih yang terparkir di hadapan rumah itu dipandang.

"Lu sure ke ini rumah mamat tu, Pit?"

Apit mengangguk. "Plat number betul."

Jay mengeluh perlahan. "Lu ni macam tak serik, der! Hari tu lu belasah BBNU tu sebab Sarah. Ni nak belasah mamat lain pulak sebab, sapa... Ain?"

"Entah! Aku ingat dah matang sikit. Separuh masak juga otak budak ni, nampaknya!" Bebel Din pula.

Apit berdecit. Dia pandang rakan-rakan baiknya itu. "Lu tak nak join sekaki nganjing gua ke, Zen?" Soalnya pada satu lagi rakan yang memilih untuk berdiam diri. Zen hanya tersengih.

"Jay, Din, gua bawak lu sini bukan nak suruh sekolahkan gua. Jadi back up gua. Gua nak gertak je. Lebih budak ni sampai panjat pagar rumah awek gua."

Jay geleng kepala. "Sukati lu, der. Dah sekarang ni macam mana? Lu nak tekan loceng ke apa?"

Apit tersengih. "Apa barang tekan loceng. Gua ada nombor dia. Kasi call la," jawabnya sambil mencari semula nombor telefon Adam yang diberikan Afi tanpa pengetahuan Ain.

Din tepuk dahi. "Dah kalau lu ada phone number mangkuk ni, apasal tak sekolahkan dia on the phone je, hanat?"

"Syhh... diam ahh!"

Telefon bimbit diletakkan di telinga.

"Hello, Encik Adam ke?"

Sepi sejenak. "Siapa ni?"

The untold stories...Where stories live. Discover now