“Adoi, adoi! Sakit Min! Sakit!” Lengan Jasmin dah melingkar di lehernya.
Gadis itu menguncinya dari belakang. Berat gadis itu dah terletak di pelipat belakang lutut, dengan tangan ditarik ke belakang.
“Kau buat apa sebenarnya dekat sini?”
“Aku...aku...err..Abang tunggu Min balik!” Cubaan menjadi sweet.
Mana lah tau menjadi. Dia dengar budak melayu cepat cair kalau lelaki kacak macam dia berabang-abang acah sweet ni!
“Abang kepala abah kau lah! Cakap betul-betul! Buat apa sini?”
Ok, tipu! Ternyata taktik berabang-abang untuk mencairkan hati gadis tu mitos belaka!
Danny mengeluh. “Haiya Leng Lui, jangan gengster sangat lah! Wa mau tolong sama lu saje la!”
“Macam mana kau tau aku perlu pertolongan? Macam mana kau tau ada orang nak kacau aku hari ni?”
Danny diam. Busted!
Dia mengeluh. Sebenarnya, kalau dia mahu, boleh sangat dia usaha melepaskan diri. Humban je tubuh gadis tu ke depan. Tapi memang kena menyakitkan gadis itu. Dan dia tak mahu begitu. Jadi dia mengalah.
“Ok, ok! Sorry! Aku yang upah budak-budak tu! Aku...errr...aku nak kawan dengan kau. Aku nak kenal kau dengan lebih rapat. Aku suka kau!”
Terus sahaja lehernya dilepaskan dan tubuh ditolak dari belakang ke tersembam ke tanah. Dia lantas berpaling. Berbaring selesa di atas tanah dengan kepala beralas tapak tangan sambil memandang Jasmin sambil tersenyum.
Gadis itu tertunduk-tunduk segan dipandang begitu.
“Kenapa kau sombong sangat dengan aku? Sampai terpaksa aku guna taktik lapok macam ni?”
Min diam tak membalas. Hanya berdecit dan menjeling.
“Min, jom kahwin dengan aku!” Usiknya lagi.
“Eh, eh, eh, apek ni! Random je dia cakap macam tu. Ingat kahwin ni benda main-main. Nak kena belasah satu round lagi ke?”
Danny senyum. “Kalau kau peluk aku dari belakang macam tadi, aku nak!” Katanya dan kemudian mengenyit mata sebelah.
Merah wajah si gadis. “Ei..ei..tah..tah apa-apa tah!” marah si gafis lantas laju-laju dia angkat beg tangannya di atas tanah, dan terus berjalan meninggalkan Danny yang masih terdampar selesa di atas tanah.
Danny senyum. Aduh, sengal badan. Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya, ada peluang bercakap dengan cik Min yang sombong!
Leng Lui, kawin sama wa la! Wa janji akan bahagiakan lu...
************
Note from akuorgbiasa:
Cak! Tiberr kann...
Sebab ada request kat group. Kita up sini lah.
So korang rasa, sebenarnya ostat daddy ni macam Har ke, macam An? 🤭🤭🤭 pasti-pasti, Una garang macam mummy Min kan 😉😉😉
P/s- gambar sekadar hiasan. Siap letak emoji tampal muka cik kak tu. Sian dia 😆😆😆