"Maggi! Maggi!" Kata Ayu sambil menunjuk ke arah maggi yang tersusun di rak di pasaraya Tesco itu.
"Apa Maggi? Sorry eh! No Maggi for you! Tak sihat!"
Ayu mencebik. Fiq buat selamba. Ditolaknya troli.
"Abang! Ayu nak lah! Kadang-kadang tekak Ayu rasa nak makan Maggi!"
"Tak elok lah sayang! Pregnant lady tak elok makan Maggi!"
"Abang ni memang tak sayang Ayu lah!"
Fiq berhenti. Menoleh memandang Ayu yang dah mencebik. Sumpah, sebenarnya Fiq rasa nak ketawa.
Oi, ini Nurul Idayu kot! Perempuan paling tough dan cool, dan paling tak banyak karenah dalam dunia yang Fiq pernah jumpa! Dia merajuk, siap mencebik macam tu kerana sebungkus maggi? Apakah??
Akhirnya Fiq mengeluh.
"Ye lah! Ye lah! Adoi la!"
Lantas Maggi perisa kari itu diambil.
"Tak nak kari! Nak tomyam!"
Fiq berdecit. Maggi perisa kari diletak semula, diambil pula perisa tomyam.
"Puas hati tuan puteri?"
Si dia itu senyum manis.
"Thank you, Tuan Afiq!" Katanya sambil memaut lengan Fiq
Fiq sengih sambil menggeleng. Haih, lain macam pembawakan budak kali ni! Manja bukan main!
Mereka baru sahaja balik daripada pemeriksaan bulanan kandungan Ayu yang kedua, yang dah hampir 16 minggu usianya. Sangat berbeza dengan ketika mengandung Maira dulu, Ayu langsung tak mabuk kali ini. Tapi mengada macam ni lah pulak! Bukan main sensitif. Drama airmata semedang! Kalah Wan Maimunah oo...
"Barang-barang Maira, ada yang kena beli tak?"
Ayu diam sejenak. Seolah berfikir. Kemudian dia menggeleng.
"Macam tak ada.."
Fiq angguk.
"Jom pergi dekat sana! Abang nak beli yogurt!"
"Eh haah lah! Ayu nak Calci Yum, dengan Vitagen! Nak susu Marigold tu jugak!" Bebelnya sambil berjalan laju meninggalkan suaminya menolak troli. Fiq berhenti melangkah.
Serius lah? Apa dah jadi ni? Dinasour ke dalam perut bini aku ni?
Akhirnya Fiq ketawa. Geleng kepala lagi. Ayu.... Ayu...
''''''''''''''''
Fiq meneguk air teh O yang dibuatkan oleh Ayu untuknya tadi. Menoleh ke meja di mana Ayu sedang duduk menaip di komputer. Buat assignment lah agaknya tu! Dengan rambut ditocang dua. Sambil menaip, menggigit pensel. Fiq sengih. Aih, comel sangat ni!
Ayu kini sedang mengambil kursus DPLI (Diploma Perguruan Lepasan Ijazah) di Universiti Malaya. Katanya, dia nak jadi guru, macam arwah Mamanya. Asalnya, dia memang bercita-cita nak menjadi jurutera. Selepas tamat belajar, tiba-tiba Ayu rasa dengan statusnya sebagai isteri, pula tu sebagai ibu kepada Maira, kerjaya sebagai jurutera dah macam tak sesuai.
Pulak tu, Fiq memang mengenakan syarat. Kalau nak jadi engineer, kena kerja di syarikat abah. Satu pejabat dengan Fiq. Tak mau lah kerja satu pejabat dengan suami! Dah lah suami dengan abah mertua bos besar! Nanti mesti banyak 'conflict of interest'. Oleh itu dia mengambil keputusan mengambil kursus DPLI dalam bidang lukisan kejuruteraan di Universiti Malaya.
"Banyak assignment ke Ibu..." Tiba-tiba ada tangan mengurut bahunya dari belakang. Ayu mendongak, memandang si galah di belakang.
"Assignment! Due Jumaat sebenarnya!"