Tiba Masanya...

2.7K 154 22
                                    

Writing PromptIKHWAN x DIYATajuk: Tiba masanya...


"Aaaaaa!!!!"

Suara jeritan yang datangnya daripada kamar mandi itu buat Diya dan Ikhwan sama-sama berlari tak cukup tanah ke sana.

"Angah! Angah, what's wrong sayang? Are you okay?" Soal Diya sambil mengetuk pintu berkali.

"Kenapa, angah?" Ikhwan pula bertanya.

Sepi tak ada jawapan.

"Angah! Sayang... Kenapa?"

"Ilya! Are you okay?" Kuat suara Ikhwan. Jelas, dia bimbangkan si anak di dalam kamar mandi itu.

Masih sepi.

"Tepi! Abang nak pecah pintu!" Ikhwan tolak sedikit tubuh Diya. Kemudian dia sendiri berundur memberi sedikit ruang untuk dia tendang pintu itu.

"Kejap! Kejap! Jangan pecah! Kejap..." barulah suara si anak kedengaran.

Ikhwan melepaskan keluh lega. Hampir gugur jantung. Dia fikir Ilya dah tak sedarkan diri ke apa di dalam tu...

Kus semangat! Kut iya pun, jawablah orang panggil! Bertuah punya anak...

Tak lama pintu terbuka sedikit.

"Kenapa ni? Buat mummy panik lah!" Kata Diya.

"Mummy, can I talk for you for a sec?"

Diya berkerut kening. Memandang Ikhwan sejenak.

Ikhwan hanya memandang riak wajah anak yang sugul.

"Okey. I'll leave you girls alone. Apa-apa panggil abah." Dan dia terus kembali ke ruang tamu.

Geleng kepala. 

Ada-ada je perempuan-perempuan ini! Sikit-sikit, menjerit! Sikit-sikit, memekik! Nasib baik si kecik, Iman tu belum nampak sisi ke'perempuan'an nya!

"HAH? NOOOOO!!"

Langkah Ikhwan terbantut.

Ya rabbi, tadi anak. Ni mak pulak! Apa kena semua nak menjerit ni? Hobi ke camana?


*********

Ikhwan hanya tersengih sambil menghirup air kopinya. Sambil itu mata memandang telefon bimbit.

"Abayang! Dengar tak?"

"Ya, dengar."

"Abang ni selalu macam ni tau! Ilya dah period dah, abang! She's only 12!"

Ikhwan garu dahi. "Jadi?"

"Jadi apa! I'm not ready for this! Diya ingat, lagi setahun ke, dua tahun ke. Diya dulu period masa 13 tahun! Nak masuk form 2 baru period. Dah matured la sikit. Ni macam..alahai.. baby lagi! Pakai baju pun kadang-kadang terbalik!"

Ikhwan ketawa. "Dulu lain, Bebiya. Sekarang lain. Lagipun, dia dah 12 tahun. Logic je dah baligh, kan? Dah tiba masanya..."

"Tapi... entah! Diya rasa macam cepat. Pakai tudung sekolah pun herot, mummy kena betulkan kadang-kadang. Macam mana tah nak kena pakai tudung kat luar. Kena tutup aurat properly."

Ikhwan mengeluh. "Tudung herot ke tak herot, tak penting, mummy. Yang penting, benda yang kena tutup, ditutup."

"Sekejap je masa berlalu, abang. Baru je rasa lahirkan dia. Dah anak dara dah."

Ikhwan sengih. "Masa along baligh, mummy relax je."

Diya gelak kecil. "Proses baligh along, mummy tak pernah rasa. Tu abah la yang boleh relate. Yang ni, sebab perempuan sama perempuan. Relatable. So, lain macam sikit tangkapnya tu!"

Ikhwan mengangguk.

Betul la tu. Masa Izham tiba-tiba dah serak suara, dan suara mula bertukar garau, Ikhwan pula yang excited terlebih anak tu dah bujang. Sampai naik bengang budak tu diusiknya.

"Oh, mummy lupa lah! Kena ajar dia cuci pad semua. Tadi ajar pakai je! Lepas tu, kalau period pain, apa nak buat. Lepas tu.."

"Oh no!!" Tiba-tiba Ikhwan menempik sekaligus memotong kata-kata Diya.

"Why? Why? Kenapa?" Dek tersentak dengan tempikan Ikhwan tiba-tiba, Diya bertanya cuak.

"Maknanya lepas ni ada dua makhluk alami PMS yang abang kena hadap setiap bulan dalam rumah ni. Lain-lain waktu pulak tu! Aduhai....."

Diya terus tergelak. "Kalau si Mohd Ikhwan ni la! Ei, aku pang gak jap gi kang! Itu jelah yang disibukkan! Dahlah, malas mummy cakap dengan abah ni!"

Ikhwan balas dengan ketawa.

Diya berlenggok berlalu pergi.

Ikhwan hanya soroti ngan pandangan. Saat susuk si isteri hilang dari pandangan, wajahnya berubah serius. Nafas ditarik panjang.

Angah dah besar. Dah jadi gadis sunti. Bermakna makin besar dan berat ujian dan tanggungjawab abah, memastikan angah jadi wanita yang baik.

Yang tahu menjaga harga diri.

Yang tahu membeza kaca dan permata.

Yang tak kalah dengan godaan dunia.

Ya Allah, lindungi anak gadis ku, untuk setiap langkahnya...

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."(Surah Al-Furqan: 74)


*********

CAK! Hehe. Muncul idea pasangan veteran ni. So, uplah ni..

Anyway, yang berminat nak baca pasal Ikhwan & Diya ni, boleh dapatkan di e-sentral ok? RM10 only...

Anyway, yang berminat nak baca pasal Ikhwan & Diya ni, boleh dapatkan di e-sentral ok? RM10 only

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
The untold stories...Where stories live. Discover now