down payment

2.4K 218 30
                                    

Writing prompt
Tajuk: Down payment [HAFIZ x SYA Syarat Yang Ke-3]

"Yeay!!" Tangan ditepuk suka.

Hafiz yang sedang berbaring santai di atas katil menoleh memandang.

"Apa yang yeay, sangat tu?"

"By, duit I cukup dah!"

Hafiz kerut kening. Langsung diangkat tubuh untuk bersandar ke kepala katil.

"Cukup... for?"

"Down payment kereta!"

Semakin berkerut dahi Hafiz.

"You tak pernah cakap pun you nak kereta?"

Syasya senyum lantas beralih duduk di sisi Hafiz.

"Kan kita dah nak balik Malaysia," beritahu Syasya, hakikat yang tak mungkin Hafiz belum tahu. Kerana perancangan untuk berpindah semula ke tanah air dah lama mereka bincangkan. Malah, hampir 60% persediaan dah dibuat.

"Nanti, dah sampai Malaysia, I nak beli kereta sendiri."

Hafiz menahan senyum. Geli hati rasanya melihat wajah Sya yang begitu bersemangat.

"I see... Tu yang tak inform I?"

Sya mengangguk. "I dah kumpul duit. Gaji yang I dapat kerja dekat Nusantara, and untung I masak-masak catering sikit-sikit tu, dah cukup dah untuk down payment kereta. So bulan-bulan, tak lah mahal sangat I nak bayar loan. I dah balik Malaysia nanti pun, bukannya ada kerja tetap. Jadi research assistant dekat USM tu, bukannya banyak sangat pun gaji."

Hafiz tak mampu menahan lagi lantas ketawa.

"Apa ketawa pulak! Ei, you ni..."

"Tak. You comel sangat bersemangat macam tu.."

Sya berdecit dan mencebik.

"Okey, okey. Sorry. You know that you can just tell me, right? I'll get it for you in no time."

"Tahu. Tapi, I tak naklah biasakan diri dapat semua benda yang I nak from you, by. Kena independent juga. Sekarang ya lah, you sayang I. Esok lusa, kot-kot I dah kerepot, beruban, badan pun dah out, you campak je I tepi. Pastu you dapat yang baru masih cantik, muda remaja, body pun fewwit lagi, hah, camana I nak hidup kalau dah biasa dimanjakan?"

"Eh, eh, eh! Jentik jugak mulut mak cik ni kang! Apa cakap macam tu pulak? I ni nampak macam player ke?"

Syasya pandang Hafiz sambil tersengih canggung. "Err.... you nak jawapan ikhlas ke, jawapan isteri yang taat?" soalnya dituruti tawa.

"Naughty eh!" Pipi Syasya dicubit manja.

"Tak baik syak wasangka dekat I. Tak ada maknanya nak cari lain. Tak nampak ke betapa I'm head over heels for you?"

Syasya ketawa. "Semoga sampai hujung nafaslah you macam tu!"

Mereka diam sejenak.

"So, tell me mak cik! Kereta apa yang diidam-idamkan sangat tu?"

"I nak beli...." Sengaja Syasya tarik panjang harkat perkataan beli itu.

"Perodua Myvi!"

Terkebil-kebil mata Hafiz.

"Wait, what?"

"Myvi! Kereta Malaysia tu…"

Hafiz menunduk menyembunyikan wajah. Bibir dah membentuk, bersedia untuk ketawa.

"You nak gelakkan I, kan By?"

"Eh, mana ada! Tengok! Muka I serius ni. I tak gelak pun…"

"Eleh! I tahu you nak gelakkan I. Sebab you rasa pilihan I cikai. Kan?"

Hafiz sengih. Masih cuba menahan tawanya.
"I tak gelak eh! Asyik sangka buruk dekat I je, mak cik ni!"

Syasya menjeling namun dia juga turut tersenyum melihat wajah Hafiz yang bersungguh menahan tawa.

"Ketawa jelah, By. Kesian I tengok terkemut-kemut gitu."

Hafiz gelak kecil. Tangan Syasya diraih ke dalam genggaman. "I tak nak ketawa. Nanti you ingat I ketawakan pilihan you. Jadi gaduh pulak macam dulu."

Syasya sengih. Memang pun.

Almaklumlah, kahwin dengan orang kayangan ni. Bila kita jakunkan benda-benda yang pada dia tak ada apa, memang kena gelak la cerita dia! Perlu kesabaran yang tinggi ya, kahwin antara dua darjat ni.

"I respect your choice. Kalau you suka yang tu, I hormatlah," kata Hafiz lagi.

"Thank you, Encik Bos! I appreciate that!"

“So, Myvi color apa yang diidam-idamkan, Puan Batrisya?”

“Black! Senang jaga!”

Hafiz mengangguk. “Okey… Good choice!”
Mereka sepi sejenak.

“Sayang, tolong buatkan I Jasmine Tea, boleh?” pinta Hafiz lembut.

“Mestilah boleh, cik abang oi! Tunggu sekejap!”

Syasya lantas berlalu keluar daripada bilik.

Sebaik sahaja sang isteri keluar, Hafiz terus mencapai telefon bimbit. Nombor Carmen, kakitangan MATA di Malaysia dihubungi.

“Hey, Carmen! It’s me, Hafiz!”

“Yes, boss!” Serak-serak suara gadis berketurunan Cindia itu menjawab.

Oh, lupa pulak! Dekat Malaysia dah 1130 malam! Malam minggu pulak tu!

“Sorry, I kacau you. But this is urgent.”

“It’s okay, boss. What’s up?”

“You dah contact salesperson MINI regarding Countryman yang I suruh you beli for my lady?”

“Dah, boss. Yet to receive full quotation with the plate number you requested. S.. Y.. G.. 1211..”

“Listen, Carmen. I want you to cancel. My wife tak nak that one. Dia nak kereta lain.”

“Pulak..”

“Yup. Sorry. So, tomorrow, first thing in the morning, you contact salesperson Perodua. Tanya kereta Myvi, full spec, black. Plate number sama.”

Diam sejenak pembantunya itu. “Carmen, you there?”

“Err, yes, yes, boss. Still here. From a Countryman to Myvi? Serious?”

Hafiz lantas ketawa. “I know, right! Tapi tak apalah. It’s her wish.”

Carmen turut ketawa. “Very unique la your wife tu, boss. Okey, will update you as soon as I have the quotation.”

“Thanks! You’re the best! Dah, sambung tidur! Good night!”

Talian diputuskan. Dia hembus nafas lega.
Aduhai… Nasib baik tak beli lagi…

Sebenarnya, memang dia dah merancang untuk membelikan kereta buat isteri tersayangnya itu apabila mereka kembali ke tanah air. Tak sangka pula, diam-diam mak cik tu dah siap menabung untuk beli kereta sendiri. So cute!

But, sorry sayang. Tak Hafiz Shauqi la biar isteri beli kereta sendiri!

“By! Your tea is ready…” Terdengar laungan Sya daripada luar.

“Coming, love…”

Hafiz senyum.

Your wish, is my command, sayang. Myvi pun… Myvi lah!

🚗🚗🚗🚗

Ehhh...ada lagi? Terlebih rajin pula yong ko ni...🤭🤭

Tahu tak, tadi kita memang nampak kereta plate number SYG _ _ _ _
No belakang tak ingat. Sumpah, wallah. Tak tipu. Area Melawati. Haha.

Tu yang tercetus idea.. haha..

Selamat weekend!

The untold stories...Where stories live. Discover now