Barang-barang disusun cermat di dalam bonet kereta. Setakat ni dah sumbat dua bagasi, nampak gaya macam ada lagi yang bakal turun. Mana aku nak sumbat ni! Letak seat belakang lah gamaknya!
Hari ini, Wina secara rasmi bakal berpindah ke Pulau Pinang, untuk hidup bersama sebagai suami isteri. Wina sedang cuti semester, sebelum melalui satu lagi semester sebelum tamat belajar secara rasmi.
Rancangan asal, hanya Kimi seorang yang patut balik ke Penang. Namun budak manja ni nak juga ikut sama, memandangkan cuti semester masih berbaki. Sementara cuti, dia nak duduk di Penang dengan suaminya. Nanti semester mula, baru dia balik ke KL semula.
"Serius ke si Wina nak ikut kau terus ni?",
Kimi mengeluarkan kepala dari dalam bonet. Abang ipaq rupanya!
"Dia kata dia nak ikut!",
"Habis, rumah tak cari lagi! Macam mana?", Tanya Fiq sambil mencekak pinggang.
Kimi garu kepala. Sengih. "Tu la pasalnya! Gamble je lah weh!",
Itu satu lagi hal. Sebenarnya, Kimi belum sempat mencari rumah sewa untuk mereka berdua. Macam mana nak cari, beberapa minggu ni, mereka sibuk dengan urusan kahwin dan kematian arwah Ma.
Fiq geleng kepala. "Tak menyempat! Korang ni memang gelojoh lah!",
Kimi ketawa. "Adik kau lah! Apa aku pulak!",
Fiq turut ketawa.
"Dapat laki handsome macam si Kimi, memang tak lah nak pisah lama-lama! Nanti orang lain rembat!", Tiba-tiba ada suara lain menyampuk. Kak Long, anak sulung keluarga baru Kimi ini.
"Geli lah kau ni Kak Long! Tak habis-habis! Handsome... handsome! Dengar dek Abang Long, kecik hati dia!",
"Masalahnya Abang Long pun mengaku Kimi memang jambu!",
Kimi ketawa. Garu dahi. Adoi laaa.....
"Ha elok! Yang adik, gelojoh, tak menyempat. Yang kakak, gatal merenyam!",
"What have you done to my sisters, Hakimi Rayqal?", Kata Fiq sambil menggeleng kepala.
Kimi ketawa. Bengong lah si hantu galah ni! Apa salah aku pulak!
"Abang Kimi, ni Ibu suruh bagi kerepek pisang dengan air nescafe, buat bekal driving..", Ayu pula menyerahkan satu beg kertas berisi kepada birasnya itu.
"Susah-susah je Ibu ni! Mesti ada bekal!",
Ayu sengih.
"Yang!", Ayu menoleh memandang Fiq.
"Charm Hakimi Rayqal tak lut dekat sayang kan? Sayang tak rasa dia handsome kan?",
Ayu membulat mata. Soalan apa yang dia tanya ni!! Ya rabbi Tuan Afiq ni! Depan tuan punya badan pulak tu!
Kimi dan Kak Long dah ketawa galak.
"Soalan apa ni!",
"Soalan kbat! Kan Yang kan?", Dia tetap tak berputus asa mendapatkan jawapan.
"Perempuan yang tengok Abang Kimi, dan kata tak handsome, maknanya mata dia ada masalah lah Tuan Afiq oii!",
Kak Long ketawa mengilai macam jembalang mendengar jawapan Ayu itu. Fiq terlopong.
"Sayang!",
"Apa? Menipu tak baik! Ayu jawab lah jujur!",
Kimi ketawa sambil menggeleng.
"Kau ni, ish! Aku tumbuk juga dekat sini kang! Apa benda tanya soalan macam tu!! Segan i'ols!",
Fiq menjeling sahabat merangkap adik iparnya itu.