An❤️Dee- We don't talk anymore!

7.4K 341 83
                                    

Dira berjalan perlahan dipimpin Ibunya masuk ke dalam rumah. Setelah dua hari dan semalam di hospital selepas melahirkan, dan doktor berpuas hati dengan keadaan ibu dan si kembar, mereka akhirnya dibenarkan keluar daripada hospital.

An menggendong Adam dan Ain di hadapan. Syukur, anak-anak mereka dilahirkan sempurna dan cukup bulan walaupun saiz mereka agak kecil. Adam hanya 2.5kg dan Ain 2.65kg. Adam nampaknya lebih kurus berbanding Ain. Kata An, sebab Adam gentleman. Dalam perut, dia kasi adik dia makan lebih. Sebab tu Ain tembam sikit.

Dua hari di hospital, semuanya macam ok. Adam dan Ain langsung tak meragam. Tidur pun lena. Tiada jaundis. Semuanya baik.

"Adik nak masuk bilik terus ke nak duduk depan dulu?" Tanya Ibu.

Dira memandang An yang dah menonong membawa anak-anak mereka masuk ke dalam bilik.

"Adik masuk bilik terus lah!"

Ibu mengangguk.

"Rehat dulu. Sekejap lagi ibu hantarkan nasi!"

"Thank you Ibu!"

Lantas dia berjalan masuk ke dalam bilik di tingkat bawah yang dah dikemaskan buat mereka sementara Dira berpantang.

"Masih tidur?"

An senyum. Angguk. Ain macan dah terkulat-kulat tadi, namun bila ditepuk An, lena semula.

"Dee ok?"

Dira senyum. Angguk. Duduk di atas katil perlahan-lahan. Dalam dia bergerak itu, terasa sakit, dia mengaduh perlahan.

"Nak apa-apa?"

Dira geleng.

"Duduk jap, Dy! My rasa macam dah lama tak sandar dekat Dy..."

An sengih. Lantas dia duduk di sisi Dira. Dira menyandar kepala ke lengan yang agak sasa itu. Mengeluh lega. Senyum.

Tempat paling Dira suka. Bersandar di lengan suaminya itu. Sehebat, selantang, sesempurna mana pun seorang Nurul Nadirah itu, bila dia bersandar di sisi Mohammad Johan ini, dia rasa kerdil dan memerlukan. Rasa perlu dilindungi. Rasa perlu dimanjakan.

"An rasa macam ada orang rindu An lah!"

Dira ketawa. Memukul lengan An perlahan.

An turut ketawa.

"Kenapa ni? Sakit ke?"

"Tak ada. Saje je!"

An diam tak bergerak. Dibiarkan isteri tumpang bersandar.

"An..."

"Ye..."

"Agak-agak, banyak tak yang akan berubah lepas kita ada si kembar ni!"

An kerut kening. "Apa yang berubah pulak?"

Dira jungkit bahu. "Kehidupan!"

An ketawa. "Memanglah akan berubah. Dulu kita berdua. Sekarang kita berempat!"

Dira angguk. "An tetap akan sayangkan kita macam dulu kan?"

Sekali lagi, An tertawa. "Apa benda soalan pelik sangat ni! Hish! Pergi rehat sana lah!"

Dira eratkan pelukan di lengan An. Entah kenapa, terasa sebak. Terasa sayu. Hidup akan berubah. An, bukan aku punya sahaja. Sekarang perhatian An, akan dikongsi dengan anak-anak kami berdua itu.

Cemburu? Entah? Macam entah apa-apa je cemburu dengan anak sendiri. Namun jauh di sudut hati, Dira memang ada satu rasa yang agak asing. Rasa tak biasa. Dah lah sejak dari hospital tadi, An sibuk dengan Adam dan Ain. Sikit pun tak kisah pasal dia. Ibu yang pimpin dia berjalan. Ibu yang tolak kerusi roda sampai ke kereta. An awal-awal dah cop nak pegang anak-anak.

The untold stories...Where stories live. Discover now