Aku nak kau!

8.1K 408 187
                                    

Rasa-rasa cerita pasal siapa? Jeng jeng jeng....

*************

Aku rehatkan lengan di atas mata yang aku pejamkan. Cubaan untuk melenakan diri. Kepala terasa berat kerana tak cukup tidur malam tadi. Mana tak, ralit bermain video game, sehingga menginjak ke awal pagi. Si Azim punya hal la ni! Mengajar aku main game segala jadah ni!

Jam menunjukkan tepat jam 4 petang. Sepanjang pagi hingga ke jam 2 tadi, aku menemankan Mak ke hospital untuk pemeriksaan penyakit kencing manisnya. Jam 3 tadi baru kami tiba di rumah. Jadi baru sekarang aku dapat baring dan hilangkan kantuk yang terasa sejak tadi.

"Huarghhh!" Buat kesekian kalinya, aku menguap. Sampai meleleh air mata sambil menguap.

Tok! Tok!

Sebaik sahaja terdengar pintu bilik diketuk, aku berdecit. 

Ala..., baru nak tidur.

"Arif!"

Aku mengeluh, namun aku tetap bangun dan membuka pintu yang aku kunci tadi dan aku sandarkan kepala ke daun pintu itu.

Wajah Mak yang aku nampak di muka pintu. Riaknya seperti sedang bimbang.

"Kenapa ni, Mak?" terus sahaja aku bertanya apabila melihat riak wajah Mak itu.

"Arif, Mak dapat mesej dari Mak Uda."

Aku mengangguk. "Mak Uda cakap apa?"

"Mak Uda cakap, si Wani dah nak bertunang hujung bulan ni. Dia ajak kita semua balik kampung. Keluarga lelaki baru je datang merisik tadi."

Terus aku berdiri tegak. Hilang terasa segala kantuk.

"Ooo..." itu sahaja sudahnya yang keluar dari bibirku.

"Mak nak beritahu Arif sendiri. Mak tak nak kau dengar kemudian."

Aku senyum. Angguk. "Ok Mak," balasku.

"Arif ok?"

Laju-laju aku mengangguk. "Ok je Mak!"

Aku lihat Mak mengeluh. "Mak tahu Arif ada hati pada anak dara Mak Uda tu," kata Mak membuatkan aku tertunduk.

"Jujur kata, Mak ni tak berapa suka juga kalau anak-anak kahwin sepupu. Tapi, kalau Arif betul-betul suka, Mak tak mau halang. Tapi, nampak gayanya..."

"Mm, tak apa lah, Mak! Arif mengantuk. Nak tidur sekejap. Pukul 530, kalau Arif tak bangun lagi, tolong kejut, Mak!" terus sahaja aku potong bicara ibuku itu.

Mak pandang lama wajah aku. Kemudian dia ukir senyuman. "Ya lah!"

Dan dia melangkah berlalu. Pintu bilik aku katupkan kembali. Bersandar di daun pintu itu.

Wani tetap pilih dia, walaupun saya dah halang? 

Jadi benarlah seperti yang disangka, selama ni, Wani baik dengan saya, bermanja dengan saya, minta perlindungan dari saya, memang hanya untuk kepentingan awak? Bukan sebab awak ada perasaan pada saya?

"Takkan you tak sedar-sedar lagi? Budak kampung tu nak gunakan you! Sebab dia tahu you akan terhegeh-hegeh macam anjing datang untuk dia!"

Suara nyaring si dia yang pernah memberi amaran kepada aku dulu terngiang. Ketika itu, aku balas kata-kata itu dengan tamparan. 

Memang aku seorang yang kasar. Kuat mencarut. Tak reti nak bermanis madah. Tetapi belum pernah seumur hidup aku mengasari perempuan. Dan dia adalah mangsa pertama aku. Sumpah, aku tak dapat tahan perasaan aku ketika itu dek mulut lancangnya. Kemudian seminggu pula aku termenung dek dihambat rasa bersalah.

The untold stories...Where stories live. Discover now