Mata dibuka perlahan. Namun rasa tak terdaya.
"Puan... Puan Syukrina. Boleh dengar saya?"
"Sayang..."
Sekali lagi dia gagahkan membuka mata.
"B..boy..." perlahan dia cuba memanggil.
"Alhamdulillah. Sedar dah tu. Kalau pening tutup mata dulu puan. Kami nak bawa puan ke wad ya?"
"Baby..."
"Apa sayang? Sayang cakap apa?"
"Baby... ok?"
"Alhamdulillah. Baby ok. Semua ok. You did great!"
Dia hanya mengangguk lemah. Mata dibiar terpejam. Namun terasa tubuh bergerak dalam keadaan terbaring. Disorong entah ke mana.
Alhamdulillah....
*************
2 hari kemudian,
"How are you, Puan Syukrina?"
Rina senyum menjawab soalan Dr Afidah itu.
"In pain, but alive," jawabnya bersenda.
Dr Afidah gelak kecil. "You ni betul-betul buat I sakit jantung. Baru je pagi tu kita jumpa in my clinic. Everything was fine. I admitted you in pun sebab dah ada tanda labour sikit. So, induce je la. Tak sampai 2 hours, dapat call dari labour room cakap baby you distress."
Azim dan Rina berpandangan. Senyum.
"You know what makes him distress? Rupanya tali pusat dia tu dah termasuk sekali dengan kepala masa dia engaged. That explains why his weight is not increasing much 2 minggu ni. Sebabkan tali pusat dia tu dah turun ke bawah, bila contraction start, eventhough baru mild, dia punya bekalan oksigen terganggu."
Rina terus bulatkan mata. Ya Allah!
"Mujur you setuju untuk induce and stay warded. If kita allow neutral contraction and tunggu contraction dah kuat baru you datang hospital, I tak... fuuhh... I honestly can't predict what will happen. Alhamdulillah..."
Azim ketap bibir. Sumpah, hati berdebar macam nak pecah mengenangkan kemungkinan itu.
Maknanya, ada kemungkinan besar dia akan kehilangan anak yang dikandung sang isteri.
"Thanks, doc!" Ucap Azim akhirnya.
Rina angguk turut sama berterima kasih.
"So, you nak stay lagi semalam, or nak balik?"
"Balik!" Kata Rina.
"Stay!" Ujar Azim pada masa yang sama.
Dr Afidah dan jururawat yang menjadi penemannya hari itu gelak kecil.
"Saya nak balik, doc! Lebih selesa di rumah."
Dr Afidah angguk. "Ok, I faham. Kadang-kadang, duduk hospital ni buat kita rasa lebih sakit, ya dak? I discharge you hari ni. And I will prescribed a few medicine. I rasa baby pun tak ada masalah. Boleh discharge la," kata Dr Afidah sambil menelek failnya.
Rina senyum girang.
Tak lama selepas itu, Dr Afidah berlalu pergi bersama jururawat meninggalkan Azim dan Rina berdua.
"Duduk la semalam lagi. Rehat sikit."
Rina menggeleng. "Selesa rehat dekat rumah. Mama rindu si becok mama tu."
Azim mencebik. "Ayah tak rindu?"
Rina gelak sedikit. Berhati-hati ketawanya. Masih terasa pedih kesan belahan. "Auww... auww..."