No way, no!

3.4K 246 45
                                    

Assalamualaikum and hi,

Sebenarnya, plan nak up TUS naqib x zahra. Tapi macam tersangkut di skala 5 ke 6, tah la. Haha. Jadi, throwback yang ni dulu la. Sebelum start baca, on dulu lagu utube ni. Haha. Sebab feel tu macam kena. One of my favorites some time ago. Still in the list. haha

#########

Kedai mamak NZ itu agak penuh walaupun jam dah hampir menjejak ke 1 pagi. Rina menoleh kiri dan kanan melihat manusia. Kebanyakkannya lelaki lah. Tetapi ada juga perempuan.

Tak reti tidur ke manusia ni? Tengah-tengah malam melepak kedai mamak.

"Kedai ni tutup pukul berapa?"

Azim ketawa. "Serius ke tak tau NZ ni buka 24 hours?"

Rina geleng kepala.

"24 hours, Miss tutor!"

Rina mengangguk.

"Nak makan?"

Rina geleng.

"Minum?"

Rina geleng lagi. Azim angguk. Dia panggil salah seorang pekerja restoran itu.

"Nescafe ais dua, roti telur banjir satu, roti kosong satu."

Pelayan itu mengangguk. Tak lama dia berlalu.

"Siapa punya sampai dua awak order?"

"Kita punya lah!"

"Tapi akak tak nak makan and minum."

"Saya yang nak suruh awak makan and minum! Bibir awak tu kering. Nampak sangat menangis je dari tadi tak makan, tak minum."

Rina terus tunduk menggigit bibir. Eh ye ke? Nampak sangat ke?

"So, apa cerita?"

Rina geleng. Dia tak mahu bercerita. Azim angguk.

"Awak buat apa dekat kulliyah?" Tanya Rina tukar topik.

"Dating."

Rina kerut kening. "Dengan Hakimi?"

Azim sengih. Angguk. "Ye lah! Dia kan handsome!"

"Eiyewwww!!"

Azim ketawa berdekah melihat reaksi Rina itu.

"Buat FYP lah. Apa lagi."

"Ooo..." Jawab Rina pula.

"Kenapa eye bag teruk sangat?" Tanya Rina lagi melihat mata Azim yang kelihatan sembab.

"Kenapa mata awak bengkak teruk sangat?" Azim balas dengan soalan juga.

Rina berdecit dan menjeling. Azim ketawa.

"Saya tak tidur malam semalam. Ada midterm siang tadi. Tu yang sembab sikit mata ni."

"Oo, belum dapat berhobi lagi?"

Azim angguk.

Rina pandang wajah di hadapannya itu sejenak. Kemudian mengeluh.

"Lepas ni awak tinggalkan saya dekat bus stop tadi. Awak balik tidur."

"Eh memang tak lah!" Laju jawab Azim. Ada ke suruh tinggal dekat perhentian bas tu. Jadi apa-apa macam mana!

"Saya ok lah. Pandai-pandai lah nak jaga diri."

The untold stories...Where stories live. Discover now