Ya Allah. Ini soalan ke syaitan?
Ayu garu kepala dengan pangkal pen yang dipegangnya. Berdecit.
Susahnya!
Dia mengeluh pula kali ini. Dia angkat wajah memandang jam di hadapan. Lebih kurang 30 minit lagi.
Bantai je lah, Ayu! Daripada kosong!
Lalu dia baca soalan semula. Kemudian mula menulis jawapan yang dia rasakan sesuai. Segala formula yang dia ingat dia masukkan dan guna.
Hantam sajalah, labu! Mana tau ada yang kena!
30 minit berlalu pantas. Pensyarahnya mengumumkan telah tamat waktu peperiksaan. Dia tutup buku jawapan itu. Melihat muka surat hadapan memastikan nama dan nombor matrik dah ditulis.
Dia menoleh ke sebelah kanan. Sarah, sahabatnya dan menekup wajah ke atas meja. Ayu tersenyum sendiri.
Sama kes lah tu! Jumpa syaitan dalam kertas soalan.
Hampir 10 minit menunggu di dalam dewan, barulah mereka semua dilepaskan untuk keluar.
Ayu urut tengkuk yang terasa lenguh. Musim ujian pertengahan semester. Jadi memang lepas satu, satu lagi periksa. Baru saja mereka menjawab ujian malam semalam, hari ni ada satu lagi ujian yang mereka hadapi.
"Camana Ayu?" Tanya Sarah di luar dewan.
"Tak payah tanya lah, Sarah! Pasrah je!"
Sarah gelak kecil. "Aku confident aku fail. Kalau lulus paper ni, memang ajaib!"
"Hish, kau ni! Tak baik cakap macam tu!"
"Betul Ayu! Entah apa-apa entah aku mengarut."
Ayu melepas keluh berat.
"Sakit kepala lah, Sarah. Rasa nak muntah pun ada."
Sarah memandang Ayu sejenak. "Tu lah kau! Tak jaga makan. Masuk angin la tu."
Mereka berjalan seiring menuju ke lif. Tak larat rasanya nak menapak turun tangga. Oleh itu, mereka mahu gunakan lif sahaja.
Tak lama,pintu lif terbuka. Sudah ada 3 orang di dalam lif. Melihat satu susuk tinggi di dalam lif itu buat dia terpaku sejenak.
"Ayu! Jom lah!" Ajak Sarah apabila terlihat Ayu masih diam di depan pintu lif yang ternganga. Ayu berdehem sedikit, lalu terus masuk ke dalam lif.
Tuan Afiq!
Dia dengar suara lelaki berdehem juga. Hampir-hampir sahaja pintu lif tertutup, ada satu tangan menahan daru luar.
"Fuh, nasib baik sempat!"
Ayu melihat si dia yang baru masuk. Iskandar. Rakan sekelasnya.
"Eh, Ayu! Sarah!"
Ayu hanya tersenyum sambil mengangguk sedikit.
"Camana exam tadi?"
"Don't ask!" Kata Sarah tegas. Iskandar terus ketawa.
"Ayu?"
Ayu tersentak apabila namanya disebut.
"Err... biasa je. Tak boleh jawab jugak!"
Iskandar mencebik. "Iya lah tu! Tipu lah! Ayu mesti boleh jawab tadi. Saya tengok, khusyuk je menulis."
"Kau jawab soalan periksa je, dok sibuk tenung Ayu, Is?" Perli Sarah.
"Kalau tenung pun apa salahnya. Hayati ciptaan Tuhan yang indah, dapat pahala. Kan Ayu?"