cerita raya HarQ

8.6K 500 109
                                    

As promised. Bismillah....

**************

"Malam ni dah kena bangun sahur. Malasnya..." rungut Yoz.

Har tersengih. Geleng kepala. "Tak baik ah kau ni! Ramadhan ni bulan kesukaan Rasulullah tau. Kau mengeluh macam tu macam kau tak suka."

Yoz bulat mata. "Hesh kau ni! Bukan macam tu lah! Aku bukan mengeluh...aku.....err..."

"Kau apa? Complaining?"

Yoz garu kepala. "Kau kan tahu aku ni kaki tidur Har. Dekat sini 2.30 pagi dah subuh. Maknanya kita kena bangun 2 pagi untuk sahur. 1.30 pagi untuk masak."

Har sengih. Geleng kepala. "Sembang tu tak payah nak kencang sangat, boleh? Rasa macam nak bagi kaki pulak. Kau bangun 1.30 pagi nak masak apa? Maggi? Buat air milo?"

Yoz ketawa. Garu kepala.

"Alang-alang bangun sahur, buat lah aktiviti sunat lain."

Yoz pandang Har dengan sengih. "Kau dah kahwin memang banyak lah aktiviti sunat boleh buat kan? Best pulak tu!"

Har terkebil sejenak sebelum ketawa. "Vavi la budak ni! Fikiran kau ni Yoz, ke situ je tak sudah-sudah!" Kemudian dia sama-sama ketawa.

"Eh Har. Dalam bulan Ramadhan, kan amalan kita digandakan pahalanya kan?"

Har angguk sambil menatap skrin komputer kembali. Membetulkan lukisan 3D nya di aplikasi SolidWork itu.

"Maknanya, kalau suami isteri bersenggama, pahala digandakan tak?"

Har terus terkaku sejenak. Menoleh perlahan kepada Yoz.

"Nanda kore! Seriously dude? Seriously?"

Yoz terus ketawa terbahak. "What? Aku bertamya soalan innocent ni!"

Har menggeleng. "Kepala bana kau lah innocent! Cepat-cepat kahwin la Yoz! Terus sangat dah kepala kau ni! Air kolah tujuh masjid pun mungkin tak dapat menyucikan kekotorannya."

Yoz makin kuat ketawa.

"Aku chow! Kejap lagi nak menghadap sensei. Simulation aku belum jadi."

Yoz angguk. "Jaa!"

Har hanya melambai dan berlalu.

Dalam kepala, bukan program simulasi yang bermain di minda, tapi persoalan Yoz tadi. Haah ye, dilipat kali gandakan tau pahalanya untuk ibadah yang tu?

Akhirnya dia gelak sendiri.

Hish, aku pun dah jadi gila macam Yoz!

**************

Q meniarap menyabung kaki dengan pensil di tangan. Dia melukis. Sesekali dia melihat gambar KLCC di skrin komputer ribanya.

Kala dia melihat skrin, gambar KLCC hilang. Dan nama seseorang yang muncul di skrin.

💩💩💩

Q sengih sedikit. Lantas panggilan dijawab.

"Yo!" Katanya.

"Assalamualaikum." Suara lelaki itu. Q berdecit perlahan. Malu. Lupa pulak bagi salam.

"Waalaikumusalam. Kenapa?"

"Aik, telefon bini sendiri pun kena ada sebab ke skang?"

"Bukan lah. Aku...err...tak apa lah. Lupakan je."

"Icayang, hari ni, waktu Maghrib, aku datang rumah kau tau."

Q duduk dari baringnya. Dah kenapa pulak?

The untold stories...Where stories live. Discover now