Cermin yang memaparkan refleksi dirinya sendiri itu dipandang lama. Terutama di bahagian atas kepala, di mana tudung bawalnya terletak. Dia hembus ke atas, memastikan tudung berbentuk elok dan tak penyek. Letak cermin mata juga dibetulkan kedudukannya biar kemas.
"Okey! Cun!" Pujinya kepada diri sendiri.
Puas hati dengan penampilan, Zahra berjalan ke katil mengambil tas tangan. Diseluk beg mencapai telefon bimbit, sebelum beg itu disangkut ke bahu. Dia memandang skrin telefon.
Mesej daripada ahli keluarga yang mengucapkan selamat berjaya buatnya yang bakal menduduki temuduga untuk UM Fellowship Program yang akan diduduki hari ini dibaca. Dia tersenyum sendiri. UM Fellowship Program ialah satu program untuk mendapatkan biasiswa untuk pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah, dan sebaik sahaja tamat belajar, pelajar itu akan diserap masuk menjadi pensyarah di Universiti Malaya. Selepas beberapa kali mencuba, kali ini Zahra berjaya lepas ke tahap temuduga. Tempat yang ditawarkan sangat terhad, jadi hanya calon yang telah disenarai-pendek sahaja yang dipanggil ke temuduga. Alhamdulillah, tahun ini, Zahra mendapat peluang untuk ditemuduga. Moga-moga berjaya mendapatkan tempat. Dia juga mahu menjejaki langkah Yong dan ibu-bapa mertuanya, menjadi seorang pensyarah.
Mama: Good Luck, Kak Chik. Mama doakan dilancarkan lidah Kak Chik jawab interview hari ni. Semoga berjaya yakinkan panel, dan ditawarkan biasiswa tu. Aamin. p/s-mama dah buat solat hajat dah. sekejap lagi, mama buat lagi. inshaaAllah.
Yong: Ma, why so skema? 😝😝 Anyway, good luck lil sis! I know you gonna nail it! kau cakap je english slang-slang ostrolia kau tu (yang kau selalu nak berlagak ngan kiterang tu 🙄), inshaaAllah impressed la panel tu.. Wakakaka. Kak Chik boleh! 💪💪
Angah: Kak Chik, please la jangan langgar meja panel or jatuh dari kerusi! 🙏🙏🙏
Ayah: Good luck, Kak Chik! 🖤
Adik: Ayah, kenapa love Ayah warna hitam? 🤭🤭
Adik: Ngah, jatuh kerusi tu lawak! 🤣🤣🤣🤣 Aku boleh bayang! Kak Chik, jangan malukan keluarga kita, please! Hahaha. Anyway, good luck!
Ayah: Ayah tak jumpa yang warna merah.
Zahra terkekek-kekek membaca mesej-mesej dalam perbualan grup Whatsapp keluarganya itu.
-Thank you, semua! Aamin ya rabb. Semoga ada rezeki Kak Chik.
-To Angah & Adik, 👊👊 Korang dua ekor ni kalau tak kenakan aku, memang tak senang hidup kan? 😒😒
Mama: Dah tu! Jangan kacau Kak Chik. Kak Chik dah gerak? Nanti lambat. Jangan lupa jamah makanan sikit. Nanti lapar. And drink your milk.
Zahra tersenyum.
Mother, will always be a mother. Akan sentiasa dahulukan kemaslihatan anak-anak.
-Nak gerak dah ni. Bismillah. Bye semua! Doakan kak chik! 😘😘😘
Dia tekan punat memadamkan skrin telefon. Lalu telefon dia simpan kembali ke dalam beg tangan. Tersenyum di hadapan cermin.
Rabbi yassir, wa la tuassir. Bismillah hi tawakkaltu a'lallah..
"You can do it, Fatimah Zahra! Fighting!" katanya kepada refleksi dirinya sendiri.
Dan melalui cermin itu juga, dia terpandang satu bingkai gambar yang tergantung di dinding biliknya itu. Zahra lantas menoleh memandang gambar itu.
Sekali lagi nafas ditarik dalam.
"Awak je yang tak wish kita! Semua orang sibuk-sibuk wish kita tau tak? Umi dan Abah pun dah wish kita. Menyampahlah dengan awak ni!" katanya kepada bingkai gambar itu.