Dilema seorang wali

6K 454 72
                                    

"Orang?"

Dua wanita di hadapannya itu berpandangan sejenak sebelum keduanya mengangguk.

"Ya lah! Kamu lah, Jebat. Siapa lagi?" Jawab Mak Biah dengan soalan juga.

Jep garu kepala.

"Pak Long ada. Pak Uda ada. Diorang pun wali kakak kan?"

Teja berdecit. "Kalau ikut susunan wali tu, bapa kandung, kalau tak ada datuk sebelah bapa, kalau tak ada, adik beradik lelaki, seibu dan sebapa. Jadi, kau lah, memandangkan Ayah dan Atok dah tak ada. Lagipun, aku nak kau yang nikahkan aku. Kau ni darah daging aku. Ada masalah ke?"

Jep tampal sengih di bibir.

"Tak ada masalah pun. Ok je. Cuma aku takut, aku yang gugup lebih dari pengantin."

Mak Biah tersengih. "Sia-sia lah Mak letak nama anak lelaki Mak ni Jebat, kalau suruh salam tangan bakal abang ipar pun gugup!"

Jep gelak kecil.

"Ok je. Boleh lah. Apa je yang nak kena buat?"

Teja tepuk tangan sekali. "Soalan tu yang aku tunggu-tunggu dari tadi. Kakak nak mintak tolong kau uruskan borang-borang ni. Aku busy sikit lately, susah nak ambik cuti la."

Jep mencebik seolah mengejek kakaknya. "Dan-dan la kau! Masa ni lah baru nak sibuk pulak tiba-tiba! Ambik kesempatan kan?"

Teja dan Mak Biah ketawa.

"Nanti pass dekat aku dokumen-dokumen tu. Pengantin lelaki punya borang dah setel ke belum?"

"Dia kata hari Rabu nanti dia bagi dekat aku."

"Ha tengok anak dara Mak ni, Mak! Dating ada masa! Balik kampung untuk uruskan borang kahwin tak ada masa! Memang miang sangat nak bernikah dah ni Mak. Eloklah kita segerakan." Sengaja dia mengusik kakaknya.

"Oi, mana ada lah! Ei, Mak! Tengok Jebat ni!"

Mak Biah hanya ketawa sambil melipat baju. Tatkala itu matanya tertancap pada skrin televisyen.

"Ha dah, diam! Diam! Cerita Korea Mak dah mula."

Jep ketawa lantas mengangkat punggung. "Nanti letak borang-borang tu atas meja."

"Thank you, Jebat! I lap you.."

Jebat menjelir lidah. "Geli!"

Lalu dia terus mengorak langkah ke pintu rumah.

"Mak, orang balik dulu eh! Assalamualaikum!" Katanya menyarung selipar dan terus berjalan ke rumah mertuanya. Berjalan kaki sahaja hari ini. Motor digunakan bapa mertuanya tadi. Katanya, motor Abah tak mahu hidup, jadi Abah pinjam motor miliknya.

Sampai di rumah mertuanya itu, dia lihat tiada orang di ruang tamu, maka dia terus ke bilik.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Isterinya menjawab sambil membersihkan punggung Orked dengan tisu basah.

"Anak Papa berak ke?"

"Ye ah. Kuat berak macam Papa dia!"

Jep ketawa dan menghempas tubuh di atas katil di sisi Orked. Ciuman diturunkan di dahi anak perempuannya yang baru berusia hampir 5 bulan itu.

"Sebab tu lah Papa maintain slim. Perut tak boroi. Makanan tak sempat jadi lemak."

Tal, isteri kesayangannya itu turut tertawa.

"Doktor mana yang cakap?"

"Doktor Papa!"

Mereka suami isteri ketawa.

The untold stories...Where stories live. Discover now