Kid❤️Cik Duck- Kenapa kembali? (Wina's POV)

8.6K 339 72
                                    

Pancuran air di tasik KLCC itu aku pandang kosong. Muzik yang mengiringi seolah tak kedengaran di telinga. Jam hampir 12 malam. Pasti Ibu dan Abah sedang risau. Aku mengeluh. Tapi hati yang panas dan ego yang menebal menghalang aku membawa tubuh pulang ke rumah.

Throwback

"Wina, duduk sekejap! Abah dan Ibu ada benda nak bincang dengan Wina...",

Aku yang baru sahaja sampai ke rumah keluargaku itu dari Cyberjaya mengambil tempat di sofa ruang tamu rumah.

"Ada apa Bu, Bah? Serius nampaknya?",

Abah dan Ibu berpandangan. 

"Abah..., Abah nak bagitau Wina satu benda penting...",

Wajah aku berubah sedikit. Dah kenapa serius sangat ni! Buat cuak je lah!

"Macam ni Wina... Abah dan Ibu, dah buat keputusan..",

"O..key.. Keputusan apa?",

Mereka berpandangan lagi.

"Keputusan untuk tunangkan Wina...",

Mata aku membulat. "WHAT?!! NO!!",

"Wina...dengar dulu!", Pujuk Ibu.

"Abah dah pun tunangkan Wina semula dengan Kimi..",

Sumpah, aku rasa roh aku semacam meninggalkan badan sekejap kerana aku rasa lembik dan mahu rebah.

"Wina!", Ibu terus menyambut.

Ya Allah! Bala apa ni? Dah berbulan aku tak dengar nama mangkuk hayun tu, kenapa tiba-tiba namanya diungkit semula. Dan nama Kimi, disebut oleh Abah sebagai tunang.

"Wina tak nak!", Aku pantas gagahkan tubuh berdiri.

"Wina...dengar dulu!",

"No! Wina tak nak! Whatever happens, I will not get married to that bastard!",

Pantas beg tangan aku ambil dan terkocoh-kocoh berlari keluar daripada rumah. Kereta aku pandu laju meninggalkan rumah. Terus ke KLCC. Berjam-jam termenung. Belum setitik airmata jatuh. Hati semacam terasa kebas. Macam tak mampu rasa apa-apa. Aku sendiri jadi keliru dengan apa yang aku rasa.

End of throwback

Aku berdecit kali ini. Suka lah mamat tu! Dia boleh buang aku, lepas tu kutip balik bila masa dia nak! Untunglah jadi seorang Hakimi Rayqal, yang kacak, yang pandai, yang sweet talker tu! Semuanya dia boleh dapat kan?

Untunglah!

Yang aku lebih tak faham, setelah apa yang dia buat pada aku, gamak Abah dan Ibu terima semula dia untuk dijadikan tunang dan bakal suami aku?

Apa Wina ni tak ada harga ke di mata Abah? Wina ni tak laku sangat ke sampai tergamak Abah buat keputusan tak logik macam tu?

Wina sedar Wina tak cantik. Wina tak pandai buat kerja rumah. Wina kurang serba-serbi. Abah takut sangat Wina tak akan jumpa pasangan hidup yang lain? Abah takut Wina tak ada orang lelaki lain akan sukakan WIna? Atau Abah dan Ibu terlalu mahu lelaki yang kononnya serba-serbi sempurna tu jadi menantu?

Setelah apa yang dia buat pada Wina?

Setelah dia tinggalkan Wina terkontang-kanting?

Setelah dia gamak malukan kita dengan putuskan pertunangan seolah Wina yang salah dan tak layak menjadi isteri dia?

Setelah dia hancurkan hati Wina selepas dia buat Wina rasa Wina lah wanita paling beruntung dalam dunia dapat dia sebagai bakal suami?

Kenapa Ibu? Kenapa Abah? 

The untold stories...Where stories live. Discover now