Bidadari Ustaz Naqib

6.7K 460 148
                                    

"Pergi je lah, Along. Kenal je dulu."

Naqib mengeluh. Namun pandangan tak dialihkan dari tv.

"Along! Dengar tak apa Umi cakap ni?"

"Dengar Umi. Nanti lah. Along belum ready."

"Nak tunggu Along ready, sampai bila?"

Naqib senyum. Menyandar kepala ke sofa kulit di ruang tamu rumahnya itu.

"Along segan la, Umi. Tak biasa buat benda-benda macam ni."

Umi ketawa. "Bukan dah ada pengalaman luahkan perasaan pada perempuan ke?"

Dia ketawa kali ini. "Itu lain, Umi. Ini lain. Kami sama-sama tak kenal."

"Sebab tu Umi suruh jumpa dulu. Boleh berkenalan."

Naqib ketap bibir.

"Bila?" Akhirnya dia bertanya.

"Sabtu ni lah." Jawab Umi.

Naqib tarik nafas dalam. "Ye lah! Kalau Umi dah suruh. Takkan nak bantah pulak."

Umi ketawa lagi. "Alhamdulillah. Terima kasih Along!"

Naqib hanya tersenyum sedikit. "Along nak naik bilik dulu ye?"

Dan dia terus mengangkat punggung.

Sampai bila nak mengelaknya pun. Mau tak mau kena hadap juga. Umi pun dah berhajat sangat.

Dia masuk ke dalam bilik. Pintu dikatup rapat. Menghempas badan ke atas tilam empuknya.

Tarik nafas dalam. Wajah si manis itu terkenang. Naqib paling suka melihat dia ketawa. Seolah satu dunia berubah cerita dengan gelak tawa si dia.

Naqib tersengih sendiri.

"Hish! Astaghfirullah hal azim! Jangan berangan lebih-lebih, Qib!" Marahnya pada diri sendiri.

Keluhan dilepaskan berat.

Jodoh. Antara rahsia Allah yang tak ketahuan oleh sang hamba. Bertahun mengikat kasih, belum tentu akan berakhir dengan lafaz 'Aku terima nikah'. Beriya berusaha mendapatkan cinta hati yang dipuja, belum tentu akan membuahkan hasil. Siang malam berdoa supaya Allah satukan kasih dengan si dia yang dicintai, andai kata bukan itu keputusan Allah, maka tetap tak akan bersama.

Batrisya. Itulah perempuan yang banyak kali Naqib sebut dalam doanya saban hari. Naqib cukup yakin, Batrisya lah perempuan yang dia mahu jadi pelengkap hidupnya. Menjadi tulang belakang, menjadi bidadari.

Walaupun si dia pernah memilih jalan hidup yang salah. Pernah menggadai maruah untuk sejumlah wang.

Tapi dia ada cerita dan sebab tersendiri memilih jalan itu. Dan siapalah Naqib nak menghukum. Sedangkan Allah ampunkan hambaNya.

"Sudi ke Allah masukkan I dalam syurga Dia yang hebat tu? Dengan kekotoran yang dah tercalit dekat I ni?"

Soalan polos itu, dengan deraian airmata keinsafan dari wanita itu buat hati Naqib tersentuh.

Tolak tepi apa yang Batrisya pernah buat. Yang penting, Naqib nampak Batrisya bersungguh dan ikhlas memperbaiki diri menjadi yang lebih baik. Lalu dia ambil langkah berani melamar Batrisya. Dan anggapan Naqib tak salah tentang Batrisya. Wanita itu tak pentingkan dirinya sendiri. Matang membuat keputusan. Sungguhpun keputusan itu mengecewakan Naqib sendiri.

Assalamualaikum w.b.t Naqib,

I harap you baik-baik je di sana. I mintak maaf sebab tak jawab mesej you. I ambik masa berfikir.

The untold stories...Where stories live. Discover now