Q memandang Har yang sabar mendodoikan Lutfil Hadi, anak sulung mereka yang meragam entah kan kenapa. Rasanya dah hampir 40 minit Har berdiri, sambil mengendong Lutfil dalam pelukan. Sambil itu dia menyanyikan segala alunan zikir yang dia tahu. Kalaulah nyanyian Har tu diibaratkan seperti pemain kaset zaman daddy tu, rasa dah habis satu side dah!
"Abang...", Q memanggil dengan nada berbisik. Har menoleh.
"Dah tidur?", Tanya Q. Har angguk.
"Syhhh...", Katanya perlahan. Budak manja ni bukan boleh dengar suara Mama dia. Mula lah nak bangkit tu kang!
Q bangun dari katil.
"Meh lah Ica dodoi pulak! Abang pergi mandi...",
Kesian. Baru balik kerja, mandi pun belum sempat, dah nak kena hadap anak meragam pulak. Kebetulan, Q pula tak berapa sihat.
"Baby rehat lah! Kata demam...",
Q geleng. "Ica ok dah! Abang pergi mandi. Dah makan belum?",
Har mencebik. Geleng. "Lapar...",
"Ala kesiannya. Meh Lutfil dekat Ica. Nanti Ica panaskan lauk untuk Abang..",
Har angguk. Lantas anak diserahkan kepada Q. Q mendodoi sejenak. Dah pasti Lutfil dah lena, dia letakkan bayi yang berusia 4 bulan itu ke dalam 'baby cot'.
Dan dia terus turun ke bawah berniat nak memanaskan lauk buat suami. Namun, dia lihat bapa mertuanya sedang makan di ruang makan.
"Daddy!",
"Ha, Lisya! Makan?",
"Dah Dy! Ica dah makan tadi... Niat nak panaskan lauk untuk abang!",
Dia lihat Daddy senyum.
"Tak payah! Daddy dah panaskan. Nanti Har tinggal makan je!",
Q senyum. Mengambil tempat di sisi bapa mertuanya itu.
"Daddy panaskan sendiri? Kesiannya lah! Mak Teh mana?",
"Mak Teh dah lebih pukul 10 malam ni, tak boleh kacau! Time dia layan drama!",
Q ketawa. Haah, betul juga! Memang dah diam dalam bilik dia tu dengan laptop pemberian Daddy buat pekerja yang dah dianggap keluarga itu. Layan drama melayu online lah tu!
Har kata, dulu, Mak Teh suka tengok tv waktu maghrib. Layan slot Akasia ke apa benda tah namanya, jadi Daddy tak suka. Dek kerana melayan drama, Mak Teh melewat-lewatkan solat Maghrib. Oleh itu, dia belikan komputer riba sebiji untuk Mak Teh, dan Una ajarkan cara-cara menonton drama secara online. Kerlass kan Mak Teh! Pandai tengok drama online tau! Kau hado?
"Daddy ni cari isteri satu lah, Dy! Bukan tak segak! Handsome and alluring lagi! Mesti beratur yang nak!",
Dani ketawa terbahak. Geleng kepala. Ada-ada je menantu sorang ni!
"Haih, tak apa lah! Terima kasih je lah. I've been a widower for too long already. I forgot how it feels to have a wife by my side!",
Q ketawa.
"Nanti ada yang jaga makan minum daddy! Pakai daddy! Teman daddy jalan-jalan! Kan best tu!",
Dani sengih. Air masak yang dah siap tertuang di dalam gelas diteguknya.
"And in return kena hadap karenah wanita yang macam-macam ni! Membebel, merajuk tak tentu pasal, PMS, adaptation to menopause? Erghhh, no thanks!",
Q gelak kuat kali ini. Lengan bapa mertuanya itu dipukul manja.
"Daddy ni! Bukan semua perempuan macam tu eh! Sabar je lah!",
"Amboi, suka sangat tu!", Satu suara lain kedengaran.