Chapter 50 : Hukuman Setimpal?

194 30 7
                                    


"TUAN KITA ADA MASALAH BESAR!!" ujar pembantu Naphtali membaca satu mesej.

"Masalah apa?" Naphtali menyoal.

"Ada mangsa penculikan beramai-ramai disembunyikan di dalam gudang rahsia di Lembah Liar!" Jelas pembantu Naphtali dan raja negara Garouda itu terkejut.

"Apa!?"

"Malah di kalangan mangsa,adanya rakyat dari negara Mentari..." Tambah pembantunya lagi dan Naphtali terkedu.

"Sial...." Gumam Naphtali sendirian.

Manakala di Lembah Liar..

Nazemi yang kelesuan dirawat oleh Jeanne,Hafez pula hanya sekadar memerhati keadaan sekeliling. Erica dan Sakuya tidak berkata apa-apa,Hafez mengingati yang Reezal menghubungi dia untuk segera terus ke negara Garouda bagi memberi bantuan pada Nazemi.

Hafez menoleh ke arah tiga orang perempuan berusia sekitar 20 ke 17,dalam keadaan tubuhnya kurus dan kesan cedera. Hafez mendecih dan terfikirkan wajah Ikhwan jika sampai ke pengetahuan raja naga itu,tetapi dia lebih rela menghubungi Reezal memaklumkan hal ini.

"Ha? Kenapa aku kena duduk diam-diam di sini?" Ikhwan menyoal.

"Ini hal negara Mentari..aku raja negara ini.." ujar Reezal tegas.

"Ianya negara kita abang ku.. rakyat kita sedang menderita..kau nak tunggu mereka mati?"

"Tak bermakna kau boleh serang negara Garouda dengan sesuka hati!" Reezal membidas dan Ikhwan mendecih geram.

Suasana menjadi tegang seketika,Farhan,Fara dan Alisa hanya menjadi penonton setia. Ikhwan memeluk tubuh dan Reezal merenung ke arah adiknya,nafas keluhan dihelakan oleh Ikhwan.

"Beri mereka tempoh masa,Ikhwan.." ujar Reezal dengan nada yang lembut.

"Fine..aku beri tempoh 24 jam cari dalang sebenar..kalau gagal,aku takkan bertoleransi lagi..satu lagi,hantar medic ambil rakyat kita yang diculik tu! Jika pihak Garouda halang,jangan salahkan aku terjadi apa-apa.." jelas Ikhwan dan Reezal terkejut.

"Baiklah aku faham! Aku akan hubungi mereka sekarang!"

Akhirnya Reezal menghubungi pihak negara Garouda,terus kepada Naphtali memberitahu apa yang Ikhwan katakan. Cari dalang sebenar di sebalik kes penculikan beramai-ramai,jika gagal Ikhwan sendiri akan turun padang.

Hafez yang membaca maklumat itu,hanya mampu menggelengkan kepala dan dia faham benar cara sahabatnya itu.

"24 jam huh? Aku harap pihak Garouda dapat cari dalang sebenar dalam masa 24 jam..kalau gagal..aku tak dapat bayangkan apa akan jadi.."

Manakala di negara Garouda, Naphtali yang baru sahaja menerima panggilan daripada Reezal. Menghela nafas pendek dan peluh mengalir,dia kena cari punca bagaimana rakyat Mentari boleh diculik masuk ke negara dia tanpa disedari oleh pihaknya.

"Tuanku?" Reuben masuk sebaik dipanggil oleh Naphtali.

"Kita berada dalam masalah besar.." ujar Naphtali dan Reuben kehairanan.

"Apa yang berlaku?"

Naphtali dengan resah menjelaskan apa yang berlaku,Reuben mendengar dengan penuh tenang sambil mengkaji situasi sekarang ini.

"Jadi itulah apa yang berlaku sekarang ni.." ujar Naphtali menamatkan penceritaannya dan Reuben menghela nafas pendek.

"First mengenai penjenayah bersembunyi di negara kita.. second.. rakyat Mentari terlibat dan paling kita takuti,Ikhwan Syah Al'Solleh akan masuk campur jika kita tidak selesaikan secepat mungkin.." hanya anggukan kepala sahaja daripada Naphtali,sebaik Reuben membuat rumusan pendek.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now