Chapter 11 : Serang Hendap

487 57 9
                                    


"Jahanam..." seorang pemuda memerhatikan sebuah gudang diceroboh melalui binokular.

Seorang wanita berpakaian ketat dan seksi,bersamanya hanya memerhatikan keadaan tersebut dari jauh

"Nampaknya rancangan awak tak berjaya,tebusan awak berjaya diselamatkan.." kata wanita seksi itu.

"Baik kau tutup mulut Reon.. Aku tengah bengang ni.." ujar pemuda itu menyampah.

"Bengang la konon.. Awak fikir awak seorang? Bukan awak seorang sahaja yang bertanggungjawab mengenai rancangan ni okay?" bidas wanita bernama Reon itu.

"Yang bertanggungjawab SEPENUHNYA adalah AKU!" kata pemuda itu pula tidak mahu mengalah.

"Cukup Reon.. Noer.." ujar satu suara di dalam minda mereka.

"K-KETUA?" ujar mereka berdua serentak.

"Pulang sekarang.. Darmion telah gagal.. Roan pula dah mati.. Berundur.."

Noer dan Reon berpandangan kemudian menurut,mereka terus lesap seperti kepulan asap. Hafez yang baru lepas mengikat musuh yang baru sahaja ditumpaskan,terasa sesuatu dan menoleh ke satu arah namun tidak merasai apa-apa pula sekarang ini.

" Perasaan aku je ke?" soal Hafez dalam hati dan Windalfir hanya mendiamkan diri.

Pihak berkuasa di Island Nation telah tiba,membawa masuk pihak pemberontak iaitu Darmion si pemuda eyepatch yang baru sahaja dikalahkan oleh Hafez.

Setelah semua selesai segera Hafez dan Erica,berangkat pulang ke Guild untuk laporan mengenai semua ini.

"Terima kasih tuan! Mengenai bayarannya.." sebelum sempat Alfred berkata lebih,Hafez sudah memotong.

"Masukkan semuanya ke dalam akaun dia.." ujar Hafez memandang ke arah Erica.

Sebaik mendengar kata-kata Hafez,Erica terkebil-kebil dan Alfred malas nak berkata apa-apa kemudian melakukan kemasukan duit ke dalam akaun Erica.

"Semua selesai.. Awak boleh periksa baki awak.." Alfred berkata dengan tersenyum.

Sebaik semuanya sudah selesai,Hafez dan Erica berjalan keluar menuju ke arah kereta.

"Awak pasti ke?" soal Erica.

"Kenapa? Kau tak nak? Bukan kau perlukan duit?" balas Hafez juga memberi soalan.

"Kita sepatutnya bagi dua.. Sebab awak yang banyak mainkan peranan.." ujar Erica.

"Tak apa.. Wang simpanan aku banyak lagi.. Lebih-lebih lagi aku ada terima gaji dari negara Mentari.." jelas Hafez dan Erica masih lagi bersalah.

"Usah risau.. Kau perlukan duit kan.. Jadi ambil guna dengan sebaiknya.. Banyak tu.. 2000 gold.. Kalau ditukar ke Mentari Dollark.. Hmm dalam 8000 Dollark Mentari.. Cukup makan setahun.." jelas Hafez berkata panjang.

"Baik...terima kasih Hafez.." kata Erica dengan senyuman manis,buatkan Hafez terkedu kerana bayangan seseorang yang dia kenal muncul di sebalik senyuman Erica.

"Sama-sama.." ujar Hafez berpaling ke arah lain,segan.

Hafez memandu kenderaan dan Erica,memerhatikan permandangan luar di tepi kawasan jalan. Adakalanya Erica menjeling ke arah Hafez,dia langsung tidak dapat mengagak pemikiran pemuda di sebelahnya.

Sedang Hafez fokus dengan tiba-tiba dia brek mengejut,Erica juga terkejut dengan tindakan dia.

"Hafez? Kenapa awak berhenti mengejut? Nasib baik tidak ada apa-apa.. Huh?" soal Erica dan terpandang ke hadapan.

Sekumpulan lelaki misteri berdiri,menghalang jalan kenderaan Hafez dan Erica perasan pada simbol lambang keluarga yang ada pada salah seorang lelaki dari kumpulan itu.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now