Hafez memeriksa keadaan enjin dengan teliti,alatan membaiki kenderaan berterabur di tepi. Setiap pelusuk enjin diperiksa,memastikan semuanya dalam keadaan yang baik. Erica,Jeanne dan Sakuya pula dibawa Hafeeza ke Kota Kabus (Mist City)untuk bersiar-siar."Jangan lupa ambil mereka nanti.."
Hafez menghela nafas pendek mengingati kata-kata Ibunya,dia memutarkan skru dan menggaru kepalanya.
"Aku kadang tak percaya ibu aku adalah seorang pahlawan naga." ujar Hafez.
"Heh.. Aku faham perasaan kau.." Windalfr berkata sambil tersengih.
Hafez diam sejenak dan mengingati wajah smug Ikhwan yang tersengih,dia teringat pula wajah ibunya dan juga pahlawan naga yang lain.
"Semuanya menjengkelkan.. Yang main-main.. Yang serius pun sama gak menjengkelkan.."
"Amboi sedapnya kau mengutuk orang eh.." satu suara menyapa dan Hafez menoleh,mukanya terus menunjukkan reaksi bengang.
Ikhwan dengan berpakaian kasual,dia berjalan masuk ke dalam garaj. Sambil memandang ke arah motorsikal yang kemas parkir di tepi dinding dalam garaj,Ikhwan sekadar memerhatikan motorsikal tersebut.
"Cantik motorsikal bro.." ujar Ikhwan.
"Ya.. Dah tu?" soal Hafez.
"Jual kat aku?"
"Pergi jahanam.."
"Haih kedekut seyh.. Kau kereta dah ada.. Peneman pun sampai tiga.. Motorsikal tak dapat tampung empat orang duh. Jual la kat aku.. Jual je la.." ujar Ikhwan dengan muka selambanya.
"Babi la kau.. Aku kata tak boleh kan?"
"Mana ada.. Kau kata 'pergi jahanam' tak ada kata tak boleh.." balas Ikhwan lagi dengan reaksi yang sama.
"Sama je maknanya.." bidas Hafez dan Ikhwan memandang dengan reaksi blur.
"Apahal kau pandang aku macam tu.."
"Kau masa di akademi.. Master ajar ilmu pengetahuan kau tidur ke apa? Bila masa pergi jahanam maksudnya tak boleh? Kau jangan buat ajaran sesat doh.." ujar Ikhwan dengan muka penuh kehairanan,timbul urat bengang di dahi Hafez.
"Kau ni memang suka buat orang sakit hati ke?"
"Haha.. Relaks.. Sebagai pahlawan.. Kehidupan kita penuh dengan cabaran.." kata Ikhwan.
"Masalahnya dengan kawan-kawan pun kau cari pasal.." balas Hafez.
"Kalau dengan mulut aku pun tak boleh tahan.. Macam mana dengan kata-kata hinaan daripada musuh.." balas Ikhwan.
Hafez yang mendengar alasan Ikhwan sekadar menghela nafas pendek,dia meneruskan kerjanya pada enjin. Ikhwan yang memerhatikan dia melakukan kerja penyelenggaraan pada enjin,hanya tersenyum dan duduk di sofa yang tersedia di dalam garaj.
"Kau masih mencari Zack lagi ke?" soal Ikhwan dan Hafez meneruskan kerjanya.
"Lepas kau lunaskan dendam.. Kau akan terus merantau?" soal Ikhwan lagi dan Hafez tidak menjawab.
"Kau boleh bunuh dia? Dia dianggap pengkhianat.."
"Sudah tentu.." balas Hafez dan masih meneruskan kerjanya.
"Aku raguinya.." ujar Ikhwan dengan senyuman sinis dan tangan Hafez terhenti dari memutarkan skru dengan spanar.
"Apa yang kau nak sampaikan?" soal Hafez menoleh sedikit ke belakang kerana sofa yang Ikhwan duduk di belakang Hafez.
"Tiada apa.. Cuma melakukan tanggungjawab sebagai putera menyoal kesetiaan pengikutnya.." balas Ikhwan dan Hafez terus berdiri lalu memandang ke arah Ikhwan.

YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AventureDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...