Chapter 12 : Dia Milik Aku

480 58 24
                                    


Hafez terkejut dengan munculnya puluhan drone jenis airbone,malah ianya juga adalah drone untuk khas untuk bertempur jarak dekat dan jauh.

Simbol Argent family terukir kemas,pada drone tempur tersebut dan pada masa yang sama. Seseorang digelar Eoin Argent,duduk di atas kerusi menyaksikan keadaan tersebut.

Senyuman terukir dan menyembunyikan seribu muslihat,di belakangnya ada susuk tubuh yang besar dan mata bersinar.

BOOMM..!!

BOOMM...!!

Semua robot drone segera melancarkan serangan,tetapi bukan sahaja disasarkan pada Hafez. Sasaran termasuk pada penunggang yang mengejar Hafez,iaitu pihak mereka sendiri.

Hafez dan Erica tergamam begitu juga Nazemi,lantas Nazemi menarik laras senapang dan mula diaktifkan.

TUUM!!!

TUUM!!!

BOBOOM!!

"Woo! Dia serang orangnya sendiri? Ini gila.." ujar Nazemi mengelak serangan membabi buta dari drone tempur itu semua.

BOOMM..!!

"Tak boleh jadi ni!" Nazemi menekan sesuatu pada panel kawalan motorsikal,kemudian tulisan auto-ride terpapar pada skrin meter.

Nazemi menarik laras dan butang ditekan,senjatanya berubah menjadi gatling gun ataupun lebih tepat kepada mini gun laser.

"Nak main kasar huh?! Makan peluru ni semua!!"

TRRR...!!!

TRRR...!!!!

TRRR...!!!!!

BOOMM!!!!

"Ambil semua ni! Makan banyak-banyak kasi kenyang!" Nazemi berteriak menjatuhkan drone-drone yang menghampirinya.

Nazemi menarik sebutir bom dan melemparkan ke arah berlawanan,melekat pada salah sebuah motorsikal dan bunyi 'beep' beberapa kali kedengaran malah disedari si penunggang kemudian memandang ke arah Nazemi.

"Boom..!" ujar Nazemi.

BOOMM!!!

"UWAAHH!!"

"Right on the spot! Yihaa!!" Nazemi berkata girang.

Hafez yang menyaksikan 'amukan' Nazemi,hanya sekadar bersiul kagum dan masih berdiri di atas bumbung keretanya. Erica yang masih memandu,terkejut kerana sesuatu dan menekan brek dengan mengejut.

"Huh? WOO..!!" Hafez tercampak ke hadapan dan segera menghasilkan rantai emas,lalu berpaut pada palang tiang lampu dan berpusing sebelum mendarat kemas.

"Hoi! Kau tahu ke tak bawa kenderaan? Menyesal aku puji!" Hafez merungut geram dan Erica kerisauan.

Seseorang atau sesuatu yang tidak jelas,berada di belakang Hafez dan tangannya sudah digerakkan ingin menyerang.

"BELAKANG AWAK!"

Hafez kehairanan dan menoleh ke belakang,tetapi terlambat dan Hafez terkena serangan hendap lalu tercampak keluar dari lebuhraya.

PRAANG!

"HAFEZ!" Erica menjerit risau melihat Hafez yang tercampak.

"Erica.." satu suara menegur dan Erica terkejut,dia kenal suara tersebut.

Robot tempur tiga kali ganda saiz manusia,berdiri tidak jauh di hadapan gadis itu. Bahagian perut robot tempur,terbuka dengan tiba-tiba dan wajah yang Erica kenal terbongkar.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now