Chapter 24 : Penjelasan & Keputusan

460 56 11
                                    


"Ada pihak yang bawa dia lari?" soal seorang pemuda membelakangkan ketua kumpulan lelaki berpakaian serba hitam.

"Y-ya tuan.. Orangnya bukan calang-calang.. Kami tak mampu sentuh dia.." jelas ketua kumpulan lelaki berpakaian hitam itu.

Pemuda itu memusingkan kerusi ke hadapan dan hanya memerhatikan pengikutnya,jelas pengikutnya semua tidak berani memandang ke arahnya. Renungan mata yang jernih tetapi aura menakutkan jelas terasa,pemuda itu bangun dan menghampiri ke luar tingkap.

"Kamu semua dapat gambar mereka?" soal pemuda tersebut.

"Y-ya tuan.. Kami sempat snap!" jawab pengikutnya dan meletakkan kamera di atas mejanya.

"Bagus.. Kamu semua boleh pergi.."

Pemuda itu memandang ke luar tingkap,dia mengukirkan senyuman sinis merangka muslihat. Dia berminat untuk mengetahui siapa yang berani menentang dia,seorang lagi pemuda yang berdiri tenang hanya memerhatikan tindak-tanduk pemuda itu.

"Juro.. Kau siasat benda ni.." arah pemuda itu pada pemuda tadi,yang digelar Juro.

"Apa yang kau nak rancangkan,Shusui?" soal Juro.

"Kau buat sahaja.. Selebihnya akan aku terangkan.." jelas pemuda bernama Shusui itu.

Juro hanya menghela nafas pendek,dia menurut arahan ketua puaknya. Juro menundukkan kepalanya kemudian beredar,meninggalkan Shusui sendirian di dalam biliknya.

"Ke mana kau pergi Sakuya?" soal Juro dalam hati.

Satu tempat yang agak tersembunyi,hujan masih turun dengan lebat. Sebuah rumah yang agak moden dan canggih,Nazemi sedang berkawal di luar lengkap dengan memegang senjatanya.

Sakuya dirawat oleh Jeanne sambil dibantu Erica,Hafez pula hanya sekadar  menunggu di luar bilik sambil memeluk tubuh.

"Kau risau?" soal Windalfr namun Hafez tidak menjawab.

"Bukankah normal membantu orang yang memerlukan pertolongan.. Aku hanya buat kerja aku.." jelas Hafez dan Windalfr hanya menghela nafas pendek.

"Tetapi maklumat raja naga berguna bukan?" soal Windalfr tersenyum sinis dan Hafez merengus geram.

"Ya.. Betul.." kata Hafez acuh tak acuh.

Tidak lama lepas itu,Erica dan Jeanne keluar kemudian Hafez segera bangkit. Erica meletakkan jari telunjuknya pada bibir,tanda jangan buat bunyi yang kuat.

"Bagaimana dia?" soal Hafez.

"Tiada kecederaan yang serius..dia okay.." jelas Erica.

"Jadi orangnya?" soal Hafez lagi.

"Dia tidur.. Saya rasa dia sudah lama tidak berehat.." jelas Jeanne pula dan Hafez menghela nafas pendek.

"Erica.. Jeanne.. Kita perlu berbincang.." kata Hafez.

Erica dan Jeanne berpandangan,hairan dengan sikap Hafez itu. Namun mereka tidak membantah,kemudian mengangguk serentak dan Hafez juga mengangguk.

Hafez,Erica dan Jeanne kini berada di dalam dapur rumah. Sebab tidak mahu mengejutkan Sakuya,Hafez mengeluarkan smartphone miliknya dan menekan satu butang. Lantas satu maklumat bersama gambar,terpapar dengan jelas dan ianya mengejutkan dua orang gadis itu.

"Gadis tu.. Pelacur?" soal Erica.

"Kelas atasan.. Untuk VIP.." jelas Hafez lagi.

"Gadis ini di bawah jagaan Puak Kira.. Salah satu puak dari 4 Puak yang berkuasa dalam negara Sakura.." ujar Hafez meneruskan hujahnya.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now