Chapter 20 : Kebebasan & Kasih Sayang

469 57 4
                                    


Jeanne De'Arcane menjejakkan kaki ke tanah lapang,dia tergamam menyaksikan keindahan semula jadi di luar bandar negara Seraphim.

Hafez hanya mengekorinya dari belakang sambil mencekak pinggang,Jeanne seperti kanak-kanak yang kagum dengan apa yang dia saksikan.

"Rumput.. Ia betul.. Hafez.." ujar Jeanne dan Hafez hanya menghela nafas pendek.

"Kau terlalu lama di dalam rumah.. Ia perkara yang baru bagi kau.." kata Hafez dan Jeanne menggelengkan kepala.

"Saya selalu lihat menggunakan Spiritual Clone saya.. Cuma tidak dapat melihat seperti ini.. Saya mampu sentuh semua ini.." ujar Jeanne.

Hafez memejamkan matanya dan mengingati apa yang berlaku,magis kurungan berjaya dihancurkan dan terus berbalik ke arah penggunanya.

Trevor tergamam dan Jeanne bebas dari magis kurungan tersebut,malah Jeanne mengambil keputusan untuk menyertai pengembaraan Hafez dan Erica.

Namun sebaik Jeanne bebas,gadis itu terus pengsan dan Hafez menyambutnya. Hafez membawanya Jeanne ke hospital,Roger memberi bantuan.

"Kau ada dua orang gadis yang bersama kau sekarang.. Nak tambah satu lagi ke?" soal Ikhwan yang muncul tidak lama lepas itu.

"Kau kalau tak cari gaduh tak boleh eh?" Hafez berkata bengang.

"Aku tanya soalan bro.. Yang kau ingat aku cari gaduh apahal? Kalau ya pun,bukan kau boleh menang pun.." ujar Ikhwan dengan muka tidak bersalah,Hafez memutarkan biji matanya.

"Nak buat camne lagi.. Aku yang pelawa dia ikut aku.. Nak tak nak kena uruskan lah.." jelas Hafez dan Ikhwan hanya tersengih lalu mengeluarkan sesuatu.

"Hafez.. Kau ambil la ni.." ujar Ikhwan mencampakkan sesuatu.

Hafez menangkap dan melihat ianya adalah bekas untuk sesuatu,apabila dibuka Hafez agak terkejut dan memandang ke arah Ikhwan.

"Ada beberapa kelengkapan serta kunci tu.. Kenderaan yang 'dia' reka sudah lengkap.. Kau boleh berubah fikiran balik untuk ambil.." jelas Ikhwan dan berpaling,lalu portal teleportasi muncul.

"Ikhwan!" ujar Hafez dan Ikhwan berpaling semula ke arahnya.

"Aku tak tahu macam mana balas.. Tapi terima kasih.." kata Hafez dan Ikhwan terkejut,kemudian berpaling ke belakang lalu melambai sebelum lenyap bersama portal teleportasi.

Hafez kembali ke masa sekarang,Jeanne bangun dan mengibas tapak tangannya memandang ke arah Hafez. Senyuman manis ditatap oleh Hafez,dia sedar semasa pertama kali dia bertemu Jeanne senyum bukan datang dari hatinya.

"Aku baru teringat.. Senyuman kau sebelum ni.. Plastik.." ujar Hafez dan Jeanne terkejut,kemudian saat dia ingin membalas dengan tiba-tiba sahaja mereka dikepung.

Hafez menarik Jeanne rapat dengan dia,kemudian memandang ke arah puluhan lelaki bersut hitam mengepung mereka.

"Haih. Orang tua Trevor tu memang degil ya?" soal Hafez kesal.

"Hafez.. Hati-hati.. Mereka semua elit.. Bukan sembarangan seperti yang awak hadap sebelum ni.." jelas Hafez sedar pada warna garisan sut hitam puluhan pemuda yang mengepung mereka.

Hafez merasai aura yang kuat datang daripada pihak yang mengepungnya,dia sedar aura mereka luar biasa dan juga amat kuat. Hafez mula risau tetapi bukan risau mengenai musuh,kuasa dia belum pulih selepas membebaskan Jeanne.

Sebuah kenderaan muncul parkir tidak jauh dari mereka,Trevor muncul dengan senyuman sinis.

"Sial punya orang tua.." ujar Hafez.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now