Chapter 5 : Zack Lewis & Gadis Misteri

534 66 23
                                    


Robot tempur tiba-tiba muncul dan sasarannya,adalah Erica dan telah buatkan Hafez tercampak merempuh masuk ke dalam bangunan. Erica pula ketika itu bertarung dengan robot tempur tersebut,sasaran robot itu untuk menangkap Erica.

BOOMM!!

Erica mengelak serangan peluru berpandu,tetapi meletupkan beberapa bangunan. Orang awam berlari bertempiaran,mereka ketakutan dan Erica sedaya-upaya memastikan mereka tidak terkena serangan dari robot tersebut.

Gadis tersebut berlari laju sekeliling robot itu,untuk buatkan robot tempur tidak pergi ke tempat lain. Erica berlari pantas sambil menangkis serangan,sukar untuk Erica rapat kerana serangan robot tempur seakan infinity.

Erica berhenti dari terus berlari,dia menarik nafas panjang dengan meningkatkan kuasanya. Kapaknya mengalir kilat,bersinar dengan begitu terang.

"Ambil ni!!" ujar Erica ingin menghayunkan kapaknya.

"LIGHTNING CRASH!!"

Pada masa yang sama tempat di mana Hafez dicampak,Hafez terbaring sambil diperhatikan oleh orang awam. Tidak lama Hafez membuka mata,orang awam semua terkejut.

"Auww.. That's hurt..." ujar Hafez mengusap belakang kepala.

GRUUUMM!!!

Robot tempur itu terkena serangan kilat yang kuat,Erica tersenyum namun robot tempur masih mampu bangkit.

"Persistent.." Erica berkata dengan menahan geram,lalu dia berlari meluru ke arah robot tempur.

Robot tempur itu pula mengubah tangannya,menjadi meriam dan menembak bertalu-talu. Erica melakukan brek kecemasan,dia menangkis setiap tembakan.

Lawannya berzirah itu merapatkan kedua-dua tangan,kemudian menjadi sebuah meriam yang amat besar. Erica tergamam dan menyedari di belakangnya ada ibu serta anak,jelas mereka sedang ketakutan sehingga tidak mampu bergerak.

"Tak guna.." ujar Erica pasrah.

Robot tempur tersebut terus menembak serangan,satu pancaran laser yang amat kuat sekali. Erica mengetap gigi dan dirinya menggigil,tetapi dia tidak boleh larikan diri.

"Ke tepi perempuan.."

Erica terkejut dengan teguran tersebut,Hafez berjalan selamba melepasi Erica. Si gadis terkejut sekali lagi,melihat Hafez langsung tidak apa-apa.

"Awak..."

Hafez tidak menghiraukan Erica,kemudian dia dengan tenang menepis serangan laser itu ke udara. Erica tergamam sahaja dan Farhan yang berada berhampiran,bersama Fara sekadar tersenyum sahaja.

Hafez menarik nafas panjang,lalu dia terus meluncur laju ke hadapan. Robot tempur menembak laser,Hafez mengelak dengan pantas. Tangan kirinya digenggam kuat,bersinar garisan kebiruan dan dihayunkan tumbukan padu.

DUUUSSH!!!!

KRARAAKKK!!!

Sekelip mata badan robot tempur berlubang,Erica tergamam dan tiupan angin kuat terhasil.  Hafez menghela nafas pendek,tangannya kembali normal.

Erica hanya berdiri tegak kaku,dia memandang Hafez tanpa berkelip. Tidak lama lepas itu,kedengaran bunyi tepukan tangan. Hafez menjeling ke satu arah,seseorang sedang bertepuk tangan sambil tersenyum selamba.

"Hebat! Hebat! Hahaha..." ujar lelaki itu.

"Zack...." kata Hafez merenung lelaki dipanggil Zack.

"Lama betul aku tak nampak kau beraksi..." kata Zack tersengih.

"Kau bersembunyi seperti pengecut.. Macam mana nak nampak aku?" bidas Hafez.

"Hafez.. Hafez.. Kau langsung tidak berubah,berlagak cool dan stailo huh?" sindir Zack.

"Apa yang kau buat di sini? Serah diri?" soal Hafez dan Zack sekadar ketawa sahaja.

"Apa yang lucu?!!" soal Erica dengan tiba-tiba menahan geram.

"Cik muda keluarga Von Hildabrane.. Apa kata kamu ikut aku jumpa keluarga kau..." ujar Zack dengan renungan yang dihiasi senyuman sinis penuh aura membunuh.

Hafez mengaktifkan kuasa pada tangan kiri,Zack tersengih sebelum letusan berlaku. Farhan dan Fara hanya menjadi penonton,Zack kelihatan mendarat jauh sedikit dari Hafez berada.

"Sudah aku agak daripada Hafez,Left Hand of God.." kata Zack tersenyum.

"Aku tiada masa nak bermain-main dengan kau.. Zack Lewis.." ujar Hafez segera menghalakan tapak tangan ke arah Zack.

"Heh.. Janganlah begitu... Kita kan jarang jumpa.." kata Zack tersengih.

"Kau adalah orang yang terakhir aku nak jumpa.." Hafez terus meluru ke arah Zack.

BOOMM!!!

Seorang gadis berambut hitam pendek,menjejaki kawasan yang sedang huru-hara ketika itu. Letusan kuat membuatkan dia mendongak dan ternampak Hafez sedang bertempur dengan Zack.

"It's been a long time since we last met?" soal Zack tersengih saat mereka bertembung.

"I don't care.. I just wanna kill you.." balas Hafez.

"Kill me? Heh,you can't.." ujar Zack dan tangan kanannya,mengeluarkan aura gelap kehitaman.

Hafez terkejut sebelum letusan kuat berlaku,menyebabkan Hafez tercampak jauh dan menyeret di sebelah Erica. Zack hanya mengibas tangan kanannya,senyuman dia tidak lekang dari mulutnya.

"Kau...puteri.." ujar Zack memandang Erica.

"Ikut aku..." tambah Zack meluru ke arah Erica.

Namun saat Zack semakin hampir,tiba-tiba sahaja Farhan muncul dalam sekelip mata dan terus melancarkan serangan hayunan libasan potongan dimensi. Zack terkejut dan mengelak dengan terkial-kial,kemudian seseorang muncul menghayunkan sepakan.

DUSH!!!

"Gahak!!" Zack terpelanting jauh.

Zack lantas bangkit dengan segera,dia melihat siapa yang menendangnya. Gadis berambut hitam yang tadi muncul,menyerang dia sebentar tadi.

"Siapa kau?" soal Zack.

Gadis itu tidak menjawab kemudian menyeru meriam naga,Farhan yang menyaksikan keadaan itu terkejut dengan apa yang berlaku di depan matanya. Mulut meriam naga bersinar,Zack tersengih sahaja.

"Kau fikir serangan kau mampu hentikan aku?" soal Zack sinis.

Gadis itu tidak menjawab dan bulatan magis berganda,terhasil secara berlapis sehingga 20 lapisan di hadapan mulut meriam naga. Zack tergamam dan gadis tersebut,hanya dengan reaksi poker face sahaja.

Hafez yang baru bangkit,hanya mampu tergamam kemudian gadis itu terus menembak. Zack meningkatkan kekuatan tangan kanannya dan menahan serangan yang kuat itu,namun sia-sia sahaja kerana serangan itu lebih daripada dia dan mencampakkannya jauh dari kota tersebut.

Melihat keadaan itu hanya membuatkan Hafez,terkebil-kebil sahaja begitu juga Erica. Farhan pula hanya mendesah sahaja,Fara muncul menghampiri Farhan tidak lama lepas tiu.

"Siapa kau?" soal Farhan dan gadis itu menoleh ke arahnya tanpa emosi.

"Pahlawan Naga..."






==========================

Yo guys

How are you today

Good or in no Luck

Apa-apa sahaja yang korang alami,harap tabah menghadapinya.

Okay sudah masuk chapter kelima,harap korang berpuas hati.

Siapa gadis itu?

Kena tunggu sambungan akan datang la apa lagi

COMMENT & VOTE

Ciao!

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now