Hafez dan gadis misteri itu berbalas pandangan,Erica terkebil-kebil dan Hafez sudah mengaktifkan kuasa pada tangan kirinya."Pahlawan naga kau kata? Kau musuh atau lawan?" soal Hafez dan gadis misteri itu hanya tersenyum.
"Lambat laun nanti awak tahu..tuan Farhan.." ujar gadis misteri itu pada Hafez,lalu menyapa hormat pada Farhan.
"Puak naga di negara ni huh?" soal Farhan dan gadis misteri tersenyum.
"Tidak.. Saya juga dari Mentari.. Tapi saya lebih suka low-profile.." jelas gadis misteri.
"Low-profile huh? Ni?" soal Farhan.
"Tuanku memberi arahan supaya membantu tuan Hafez.." jelas gadis misteri lagi.
"Ha.. Ikhwan.. I should know.." keluh Farhan.
"Tuan boleh panggil saya Emma.. Saya adalah pahlawan naga yang berkhidmat terus di bawahnya.." jelas gadis bernama Emma menunduk hormat.
"Okay aku faham.. Tak payah tunduk hormat.. Aku bukan superior kau.." kata Hafez dan Emma tersenyum.
"Sampai masa kita bertemu lagi tuan Hafez.." ujar Emma dan terus hilang dari pandangan.
Hafez agak terkejut dengan teknik Emma,dia hilang sekali dengan daya kuasa miliknya.
Farhan menyarung semula pedangnya,dia memandang ke arah Hafez dan Erica.
"Korang okay?" soal Farhan.
"Barely.." ujar Hafez menjeling Erica,Farhan juga memandang ke arah gadis itu.
"Kau ada bermusuh dengan sesiapa ke?" soal Hafez tanpa berselindung,Erica mendiamkan diri.
"Kau diam? Tak nak jawab? Okay.. Jangan ikut aku,jangan babitkan aku.." kata Hafez merengus dan beredar,Farhan dan Fara mengekori Hafez.
Erica hanya dibiarkan bersendirian,Fara yang mengekori suaminya dan Hafez sekadar memerhatikan sahaja Erica. Farhan hanya mengekori Hafez tanpa banyak bicara,sehingga mereka singgah satu kafe untuk berehat.
Hafez menghirup air kopi susu dalam cawan,gelagat Hafez diperhatikan oleh Farhan dan Fara yang turut semeja dengannya.
"Kau nak cakap sesuatu?" soal Hafez.
"Mengenai gadis vanilla tu.. Aku rasa kau tak patut terlalu berkasar dengan dia.." kata Farhan.
"Aku tahu.. Tapi dia sekarang tengah menjadi sasaran satu pihak.. Dia bukan setakat bahayakan diri dia,tetapi orang yang berada di sekeliling dia.. Aku,kau mungkin boleh hadap bahaya.. Tapi orang awam? Berapa ramai orang awam mempunyai kuasa magis? Tahap?" jelas Hafez dengan panjang lebar.
"Wow.. Penerangan kau seperti pensyarah zaman aku menuntut.. Terperinci bak hang.." balas Farhan dan Hafez membuat muka blur,Fara hanya menekup mulutnya menahan tawa.
"Kau boleh melawak masa aku tengah serius..?" soal Hafez.
"Aku tak melawak.. Aku serius.. Baik kau pergi bantu gadis vanilla tu.. Ikhwan ada hantar satu data yang berguna pada kau.. Kalau boleh bacanya sekarang.." kata Farhan menepuk bahu Hafez lalu beredar meninggalkan dia bersama Fara.
Hafez menghirup kopi dan menghela nafas pendek,dia tersedar sesuatu dan mendecih bengang.
"Damn it.. He doesn't pay his bill.."
Erica sedang duduk di kerusi panjang,sambil menyaksikan kerja baik pulih di hadapannya. Dia mengetap bibirnya rapat,dia hanya inginkan kebebasan sahaja dan adakah ia menjadi satu kesalahan?
"Bebas? Kau tak layak untuk kebebasan.."
Satu suara menegur dan Erica mendongak,Zack duduk dengan kakinya berjerangkang bergerak-gerak dihayunkan ke depan dan ke belakang.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
MaceraDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...