Chapter 41 : Rakan Lama & Motif Ikhwan

384 39 6
                                    


Fahren meneguk air minuman di dalam tin,perisa kopi dan menghela nafas lega sambil tersengih. Wap keluar dari dalam mulutnya,Hafez hanya mendiamkan diri sahaja.

"Lama betul kita tak jumpa eh? Kau hilang macam tu je.. Nasib baik aku cam SUV tu.." ujar Fahren dan Hafez sekadar membisu,matanya menjeling ke arah tangan kiri Fahren.

Fahren hilang tangan kiri semasa peristiwa beberapa tahun lalu,tetapi Zulfa tidak bernasib baik terkorban semasa dalam perjalanan ke hospital.

"Kau okay?" soal Hafez dan Fahren tersenyum.

"Okay.. Cuma sunyi la rasanya.. Zulfa dan gorilla tu pun dah tak ada.. Kerajaan masih menerima aku lagi.. Boleh lah.." ujar Fahren.

"Macam tu.." kata Hafez dengan nada rendah,Fahren yang melihat reaksi lemah Hafez hanya mengeluh sahaja.

"Come on Hafez.. It's been history.. How long you gonna think the past?"

"Everything happened is my fault.. I'm a captain.. But I chose act solo.." kata Hafez menundukkan mukanya ke lantai.

"If that time I..."

"That's bullshit!!" kata Fahren mengetuk kepala Hafez dengan tangan kirinya.

Hafez mengeluh sakit dan kepalanya timbul benjol berasap,Fahren dengan muka blur dan menyampah dalam masa yang sama.

"Ajal maut di tangan yang Esa.. Kau nak harapkan apa? Kita manusia je.. Bukan peramal masa depan! Jadi berhenti salahkan diri kau!" kata Fahren.

"Perlu ke kau ketuk aku dengan tangan besi kau tu?" balas Hafez geram.

"Perlu kot.. Tengok muka cemberut dah macam orang tua mencebik.." kata Fahren selamba.

Hafez menghela nafas pendek,dia memerhatikan keadaan luar yang masih lagi hujan. Mereka berdua terdiam seketika,Fahren hanya tersenyum kelat.

"Setiap tahun.. Setiap kali ulang tahun kematian mereka... Hujan turun bagai menangisi pengorbanan pahlawan yang gugur.." ujar Fahren dan memegang bahunya.

"Setiap kali itu juga bekas luka ini terasa ngilu dan sakit.." tambah Fahren.

"Maaf Ren..." ujar Hafez dan Fahren tersenyum kelat.

"Aku dah kata bukan.. Aku okay.."

Hafez tersenyum pahit dan Fahren memberikan reaksi yang sama,kemudian mereka diam seketika menyaksikan hujan yang turun dengan lebat.

Pada masa yang sama,Zack didatangi Ikhwan yang muncul secara tiba-tiba. Ikhwan hanya berdiri dengan senyuman memandang dengan hujan membasahi tubuh mereka,Zack menekup muka dan siungnya kelihatan serta tatu misteri terlakar di pipi kanannya.

Tiba-tiba secara mengejut bayangnya menyeru askar bayang,timbul dari bayang Zack muncul secara berkepul umpama buih air.

Puluhan askar bayang menyerang dan meluru ke arah Ikhwan,hanya senyuman sinis terukir di mulut dan Zack terkejut apabila Ikhwan sudah hilang.

Sekelip mata lehernya direntap atau dicekik,Ikhwan menghentam Zack ke dinding dan sekelip mata juga askar bayang terus lenyap.

Zack mengerang kesakitan dan Ikhwan hanya bereaksi tenang,walaupun hasilkan hentaman kuat pada Zack. Tangan kanan Zack mula bereaksi lagi dan duri bayang,dihasilkan ingin menikam Ikhwan dari bawah.

Namun Ikhwan hanya mengeluh sahaja dan melepaskan letusan bara api biru,lantas melenyapkan serangan duri bayang Zack.

"Kau pekak ke Zack Lewis? Aku datang nak berbual.. Bukan nak bertarung? Dah lama hidup ke nak bertarung dengan aku?" soal Ikhwan.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now