Jeanne berdiri di hadapan seseorang,membelakangkan dengan kerusi. Senyap dan suasana agak tegang,Geraldine yang berada di situ hanya mampu melihat."Aku mendapat tahu kau cuba berhubung dengan orang luar.." ujar lelaki itu dan Jeanne hanya diam.
Lelaki itu memusingkan kerusi dan wajah lelaki berusia 50-an kelihatan,matanya tajam menikam ke arah Jeanne namun tiada balasan daripada Jeanne.
"Aku beri kau amaran.. Sekali lagi kau buat.. Jangan salahkan aku buat sesuatu di luar dugaan.." jelas lelaki itu atau namanya Trevor De'Arcane iaitu ayah kepada Jeanne.
"Baik tuan Trevor.. Saya faham.." ujar Jeanne.
"Kau cuma alat aku.. Jangan nak melebih melakukan tindakan sendiri.." kata Trevor dan memusingkan kerusinya.
Jeanne berpaling kemudian dia beredar,Geraldine mengekori dari belakang. Namun Trevor sempat memanggil,langkah Geraldine terhenti.
"Geraldine.. Aku nak kau awasi dia.. Jangan benarkan sesiapa pun dekatinya.." ujar Trevor dan Geraldine menundukkan sedikit kepalanya tanda menurut arahan.
Jeanne berjalan tenang dan langkahnya,terhenti apabila seseorang berada di hadapan matanya. Seorang wanita berdiri memandang ke arahnya,Jeanne hanya mengeluh sahaja kemudian terus meneruskan langkah melepasinya.
"Jeanne.. Kamu benci ibu?" soalan wanita menggelarkan dirinya ibu.
Jeanne hanya membiarkan soalan dan terus berlalu pergi meninggalkan kawasan tersebut,Geraldine hanya menunduk hormat dan mengekori Jeanne.
Amanda De'Arcane,ibu kepada Jeanne hanya mampu melihat sahaja anak perempuannya pergi.
"Ya tuhan.. Kirimkan seseorang yang mampu membantu anakku..."
Hafez terbersin dengan tiba-tiba,dia mengesat dengan sapu tangan miliknya. Nafas lega dihelakan dan Erica pada masa itu,hanya menonton television sahaja.
Hafez mengambil keputusan untuk berehat di negara Seraphim untuk beberapa hari,lagipun dia diminta untuk membantu skuad yang dimaksudkan oleh Ikhwan.
"Siapa pula mengumpat aku ni?" soal Hafez kehairanan.
"Awak nak ke mana?" soal Erica melihat Hafez kemas dengan pakaian yang bergaya.
"Cari bahan bekalan makanan.." jelas Hafez.
"Tunggu sekejap! Saya nak ikut!" ujar Erica dan Hafez menghela nafas pendek.
"Okay.. Okay.. Cepat sikit atau aku tinggal.." Hafez berkata sambil duduk di kerusi.
Erica terus bersiap-siap dan tidak sampai beberapa minit,Erica muncul semula dan mengejutkan Hafez.
"Wow cepatnya.." ujar Hafez.
"Saya tak suka mekap tebal sangat.. Nak pergi ke tidak.."
"Ya.. Ya.. Jom.."
Hafez berjalan pergi sambil diekori Erica,namun seseorang muncul dengan mengejut dan menyerbu ke arah Hafez.
"Hafez! Bahaya!" Erica memberi amaran.
"Apa hal pulak ni?" soal Hafez mengelak tetakan orang misteri itu.
Orang misteri tidak terhenti serangan,lantas melibas serangan pedang. Hafez sekelip mata hentikan dengan hempasan ke lantai,orang misteri tidak bergerak selepas itu.
"Dia hidup lagi ke?" soal Erica.
"Ya.. Kenapa? Nak aku bunuh ke?" soal Hafez.
"Hentikan.." keluh Erica dan Hafez mendecih.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AventureDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...