Chapter 8 : Masalah Lagi

489 64 11
                                    


Hafez dan beberapa hunter berbalas renungan,lelaki yang dibaling kerusi oleh Hafez merenung tajam ke arahnya.

"Kau tenung aku camtu apahal?" soal Hafez dengan muka meluat.

"Kau yang baling kerusi ke muka aku? Kau nak mampus ke ha?" soal lelaki itu.

"Mampus? Heh.."

"Kau?!" Lelaki tersebut meluru ke arahnya.

"Apa yang berlaku ni?" soal satu suara yang agak tegas.

Lelaki tadi dan rakannya yang lain,terhenti dari terus mara dan menoleh ke satu arah. Seorang lelaki berdiri di tingkat atas,merenung mereka ke bawah.

Hafez mendecih dan Erica terus menghampirinya,lelaki tadi turun ke bawah dan Diane menghela nafas lega.

"Diane apa yang berlaku ni?" soal lelaki tadi.

"Itu.. Tadi.. Err..." Diane gugup untuk berkata.

"Dia cuba cabul kawan saya.." Hafez berkata dengan selamba.

"Oi! Jangan nak menuduh sesuka hati kau!" hunter itu mula berang.

"Cabul?" soal lelaki tersebut pula dengan renungan tajam pada hunter tadi.

Hunter itu dan rakannya yang lain,terkejut dengan renungan tajam orang tersebut. Mereka terus beredar dengan segera sambil hunter itu menjeling tajam ke arah Hafez berkata 'ini takkan tamat macam itu sahaja'

"Aku tunggu.." balas Hafez selamba.

Suasana kembali reda selepas kumpulan itu beredar,Hafez menoleh ke arah Erica pula. Erica hanya mendiamkan diri,mukanya jelas menunjukkan terasa bersalah.

"Kau ni kalau tak ada masalah tak boleh ke?" soal Hafez.

"Mana ada.. Saya cuma nak buat misi je! Mereka yang ganggu saya!" balas Erica pertahankan dirinya.

"Maafkan saya miss dan mister.." sapa lelaki tadi dan di sisinya adalah Diane.

"Ya?" balas Hafez.

"Maafkan kami atas apa yang berlaku.. Nama saya Alfred Townsend,Master di dalam Guild ini.." ujar lelaki dan perkenalkan diri sebagai Alfred Townsend.

"Saya Diane Townsend.." Diane turut memperkenalkan dirinya.

"Nama saya Erica von Hildabrane.." ujar Erica menunduk hormat.

"Hafez Al'Azham.." sambung Hafez.

"Apa yang saya boleh bantu pada kamu berdua?" soal Alfred.

Hafez hanya memberi isyarat pada Erica,dengan jelingan dan Erica baru tersentar sedar akan tujuan dia datang ke guild tersebut sebelum diganggu oleh sekumpulan hunter tadi.

"Maafkan saya.. Sebenarnya saya perlukan duit.. Jadi saya ingin melakukan misi.." jelas Erica.

"Tiada masalah.. Diane,dia ada bagi kad hunter ID?" soal Alfred.

"Ada ayah.. Ini dia.." ujar Diane menyerahkan sekeping kad.

Alfred memeriksa ID kad tersebut,menggunakan telefon visual miliknya dan Alfred mengangguk faham.

"Waa... Hunter B-Rank class.. Ia memang mengagumkan bagi seorang wanita.. Saya kagum.." ujar Alfred tersenyum.

"Huh? K-kenapa pula? Teruk ke?" soal Erica.

"B-Rank class ujian dia bukan sesuatu yang mudah bagi seorang wanita..dari segi ujian fizikal tampak biasa,tetapi dari segi ujian tulisan setiap soalan bukanlah soalan yang mudah dijawab.." ujar Hafez dengan tiba-tiba.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now