Chapter 7 : Masalah

480 65 12
                                    


Hafez memeriksa keadaan enjin kenderaan,Erica hanya sekadar memerhatikan sahaja dari tepi.

"Erica.. Boleh hulurkan spanar?" soal Hafez menghalakan tangannya ke arah Erica.

Tanpa berkata banyak Erica menghulurkan sesuatu,Hafez hanya terkebil-kebil melihat ianya bukan spanar tapi..

"Air tin?" soal Hafez mengangkat kepalanya memandang ke arah Erica.

"Setengah jam awak godek benda tu.. Enjin tak rosak kan? Sampai bila nak berhenti di sini?" Erica mula berleter.

"Aku nak pastikan kenderaan dalam keadaan elok.. Kalau rosak tepi jalan kau nak?" bidas Hafez.

"Salahkan mulut awak,minta ia rosak betul-betul.." balas Erica pula dan Hafez timbul urat bengang pada dahi.

BAMM!!

Hafez menghempas penutup enjin dengan kuat,sehingga menyebabkan Erica terkejut dengan bunyi hempasan itu.

"Fine.. Kita gerak sekarang.." Hafez malas nak bertekak,dia banyak lagi benda nak diuruskan.

Erica hanya menurut sahaja dan Hafez,mengambil tempat pemandu dan menekan sesuatu pada skrin sesentuh. Lokasi untuk destinasi seterusnya,Hafez tetapkan menuju ke negara dikenali sebagai negara Seraphim.

"Seraphim nation? Awak ada urusan ke di sana?" soal Erica.

"Sekarang siapa pemandu?" soal Hafez.

"Awak.." jawab Erica.

"Siapa boss?" soal Hafez lagi.

"Awak?.." jawab Erica lagi dan Hafez mengangguk.

"Jadi diam dan pasang seat belts tu.. Kena saman aku tak nak bayar.." ujar Hafez menekan butang aktif,enjin mula berderam.

VRRMMM..!!

VRRMMMM!!!!!!

Hafez memainkan injakan minyak,enjin berderam garang dan Hafez tersenyum puas.

Gear ditolak dan pendikit minyak,ditekan dan kenderaan mula bergerak memasuki lorong jalanraya.

Hafez menukar gear dan menekan pendikit minyak,dia memecut laju mula memotong kenderaan yang berada di atas jalan.

VROOM..!!

"Perlahanlah sikit.. Nak berlumba ke apa?" soal Erica.

"Zip mulut kau tu perempuan.. Aku yang drive.." ujar Hafez selamba.

"Saya risaukan keselamatan.. Faham tak? Nyawa bukan mainan!" keluh Erica dan Hafez tersentak mendengar apa yang dikatakan oleh Erica.

"Boleh tak jangan main serbu camtu?! Nyawa manusia bukan mainan faham tak?!"

Pesanan seseorang bergema di dalam telinga Hafez,Erica perasan kelajuan Hafez berkurangan dan memandang ke arah pemuda itu.

"Aku dah perlahankan tuan puteri.. Puas hati?" kata Hafez matanya memandang ke jalanraya.

Pada masa yang sama,Reezal sedang memerhatikan bingkai gambar yang dipegang olehnya. Ikhwan muncul sebaik pintu sliding terbuka,membawa sekeping fail.

"Ini fail yang kau mintak.. Aku dah siapkan.." ujar Ikhwan menyerahkan fail tersebut.

Reezal memeriksa apa yang tertera di dalam fail,kemudian mengangguk faham dan Ikhwan duduk di hadapannya.

"Gambar siapa kau tengok? Skandal?" soal Ikhwan dan Reezal merenungnya.

"Ikhwan.. Kau ni lah.. Haih.." ujar Reezal menggelengkan kepala.

"Apa? Tanya je kan.. Tak payah tenung bagai.." balas Ikhwan tersengih.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now