Hafez menghela nafas pendek,lalu kuasanya diredakan dan memandang ke arah Shunsen yang dipapah oleh ahli puak Kirino yang lain.Shunsen menolak lembut anak buahnya,dia merenung tajam ke arah Hafez dan dia mengetap gigi.
"Aku belum kalah lagi!!" Shunsen berkata.
"Amboi degilnya.." ujar Ikhwan.
Hafez memerhatikan Shunsen meningkatkan kekuatan miliknya,dia mendiamkan diri sahaja dan hanya menunggu Shunsen melakukan serangan.
Aura kehitaman dikesan oleh Hafez,dia agak terkejut dan merasai tangan kirinya bereaksi.
"Aura ni?"
"Miss Sakuya.. Aura ayah memang macam tu ke?" soal Ikhwan dengan tiba-tiba.
"Huh? Apa maksud tuan.. Huh?"
Sakuya terkedu melihat aura gelap bercampur dengan aura milik Shunsen,dia tidak pernah nampak aura sebegitu rupa sejak dari kecil hingga sekarang.
Lelaki tersebut meluru laju ke arah Hafez,serangan Shunsen bukan lagi seperti tadi. Menggunakan tangan dan kaki,namun serangannya langsung tidak teratur.
Hafez mengelak dan menepis,kemudian pergelangan tangan dikilas. Hafez segera menarik nafas panjang,lantas dia melakukan daya tolakan dan sekelip mata Shunsen terpelanting.
"WORRGHH!" Shunsen menjerit dan suaranya berubah garau.
"Ah.. Menyusahkan..." ujar Hafez dengan muka menyampah.
Hafez menghalakan tangan ke arah Shunsen,garisan seperti tattoo muncul di lengan kiri Hafez. Lalu bulatan magis terbentuk di bawah kaki Shunsen,Hafez menghelakan nafas pendek.
"Holy Chain.."
Rantai yang dibentukkan dari cahaya membelit Shunsen,Hafez menghela nafas pendek sekali lagi. Sebilah pedang cahaya dihasilkan,lantas Hafez terus meluru ke arah Shunsen dengan laju.
Namun seseorang muncul membelah rantai yang mengikat Shunsen,Hafez terkejut dan individu itu menyerang dengan pantas.
Hafez menangkis dan kembali berundur ke belakang,seorang pemuda dengan sebilah pedang katana yang panjang. Sakuya terkejut dengan kehadiran pemuda tersebut,Ikhwan mendecih sahaja dan Farhan sekadar ketawa kecil.
"Killjoy.. Tch!" kata Ikhwan.
"Hahaha.." Farhan tersenyum kelat.
"Abang Shigure.." ujar Sakuya dan Erica menoleh ke arahnya.
"Seseorang yang kamu kenal?" soal Jeanne dan Sakuya hanya mengangguk lemah.
Pemuda dipanggil Shigure oleh Sakuya hanya memerhatikan keadaan Shunsen,dia memandang ke arah Hafez dengan tenungan yang tajam.
"アパハル・テヌン 私はtuが好きですか? (apahal pandang aku macam tu?)" soal Hafez.
"お父さんに何をしたいの? ( Apa yang kau nak buat pada ayah aku?)"
"ゲームを続けたかった彼。私はちょうど彼をペンサンカンしたかった (Dia yang nak teruskan perlawanan.. Aku cuma nak pengsankan dia)"
Mendengar alasan Hafez,orang yang dipanggil Shigure oleh Sakuya itu menarik nafas panjang. Matanya dipejam dan Hafez kehairanan,sebaik nafas dihelakan dengan sekelip mata Shigure memukul dada Hafez menggunakan hulu pedang.
DUSSH!!
KRAANNG!!
Akibatnya Hafez tercampak merempuh dinding rumah berhampiran,Shigure memusingkan pedangnya dan menyimpan semula ke dalam sarung pedang.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
PertualanganDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...