Chapter 2 : Bertemu Lagenda

579 67 3
                                    


Hafez dan tengkorak berapi itu berbalas renungan,hujan turun dengan lebat dan tengkorak berapi menghasilkan pedang dari api yang menyelubungi tubuhnya. Hafez pula bersiap-sedia dengan tangan kirinya,hanya kuasa dari tangan kiri dia sahaja mampu menghapuskan raksasa tersebut.

Hafez teringat panggilan telefon daripada Ikhwan sebelum dia tiba di situ.

"Yo Hafez! Doing well bro?!" soal Ikhwan dalam talian.

"Cut the formal crap,what did you want?" ujar Hafez.

"So cold,I though I'm gonna told you about this Spirit.."

"What information?"

"It's seems that Spirit only can be defeated by your left hand..."

"What kind of logic is that?"

"Dark Spirit only can vanquish by holy power... And your left hand is one of them..." jelas Ikhwan.

Hafez hanya menghela nafas pendek sahaja,dia memandang tepat ke arah makhluk tersebut. Tengkorak berapi segera menghayunkan rantai yang diselubungi api,Hafez hanya mengelak dengan menggerakkan kepala ke arah kiri.

Dia menundukkan badannya umpama ingin lari pecut,tidak sampai sesaat dia kini berada di hadapan tengkorak berapi. Hafez mengingati apa yang dikatakan oleh Ikhwan,kemudian mencengkam muka tengkorak berapi itu dengan tangan kirinya.

BRAAM!!

Hafez menghempaskan tengkorak berapi ke tanah,kemudian Hafez mengepalkan penumbuknya dan menumbuk bertubi-tubi tanpa henti. Jeritan daripada makhluk itu kedengaran,namun Hafez tidak memberikan belas kasihan.

"Kau buatkan orang kemalangan,sampai hilang nyawa inginkan belas kasihan?!" soal Hafez masih menyerang tanpa henti.

Tumbukan Hafez bagaikan tiada penyudah,dan tengkorak berapi seperti hilang kawalan. Lalu meletus dan Hafez segera berundur,dia mendarat kemudian memandang ke hadapan. Tengkorak berapi mula bangkit dan menundukkan muka ke bawah,hujan masih lagi turun dengan deras.

Tengkorak berapi terus mengaum,angin kencang meniup kawasan tersebut. Hafez terkejut dan menghadang muka dengan tangannya,dia mula geram dan tangan kirinya mula bersinar. Hafez mendecih dan sekelip mata,dia terus hilang dan muncul dengan kepala tengkorak berapi itu.

"Bising la..." ujar Hafez menoleh ke belakang semula,melihat tubuh makhluk berapi itu mula padam apinya kemudian bertukar menjadi seperti pokok yang mereput.

Sebaik sahaja tubuh itu rebah ke tanah,hancur menjadi debu dan Hafez hanya memegang kepala tengkorak berapi. Dia sedar kepala tersebut menjadi debu,lenyap tanpa ada kesan.

"Apa?" Hafez kehairanan.

"Awak...." satu suara menegur,Hafez tersentak dan menoleh.

Erica von Hildebirane berdiri di hadapannya,dia dalam keadaan terkejut dan Hafez menekup muka. Dia tertanya-tanya kenapa kehadiran Erica,langsung dia tidak sedar?

"Siapa awak sebenarnya? Kenapa tangan awak seperti itu...?" soal Erica tidak percaya dengan apa yang dia saksikan.

Erica berada di situ kerana ingin menghapuskan tengkorak berapi yang sering mengganggu orang awam,namun sasarannya telah dihapuskan oleh orang lain. Hafez mendecih dan mencari jalan untuk pergi,dia tidak terlibat dengan sesiapa ketika ini.

"Jawab soalan saya!!"

Soalan Erica hanya disambut Hafez dengan segera mengeluarkan kapsul,lalu dicampak dan sebuah kereta muncul. Lantas Hafez masuk dan enjin dihidupkan,pendikit minyak ditekan dan Hafez memecut laju meninggalkan Erica.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now