Chapter 29 : Lawatan

411 52 4
                                    


Sakuya duduk ditemani Erica dan Jeanne,mereka bertiga memerhatikan Hafez,Ikhwan dan Nazemi berbual mengenai sesuatu. Ghost squad dan Specter squad berkumpul,mereka diarahkan oleh Ikhwan supaya melindungi 3 orang gadis itu.

"Tak apa ke kamu semua di sini?" soal Jeanne pada dua skuad itu,Haazim dan Recca berpandangan kemudian gelak kecil.

"Arahan Sixth adalah muktamad.. Melindungi kamu bertiga.." ujar Felicia selaku ketua skuad bagi Ghost.

"Yeah.. Jadi arahan adalah arahan.." Haziq pula menyokong bagi wakil dari Specter.

"Tapi kenapa tiada yang melindungi dia? Bukankah dia seorang putera?" soal Sakuya agak naif.

"Dia ke? Saya rasa tak perlu.." ujar Erica dan semua ahli dari kedua-dua skuad menoleh ke arahnya.

"Nampaknya cik Erica tahu mengenai ketua kami.."

"Sudah tentu.. Orang di dalam dunia pahlawan menggelarnya The Strongest Dragon King in History.. Dia tidak perlukan perlindungan daripada sesiapa dan hanya orang yang bodoh sahaja cari pasal dengan dia.." jelas Erica dan Sakuya terkejut.

"Ha? Dia adalah Ikhwan Syah Al'Solleh?!" soal Sakuya sehingga berdiri secara spontan.

"Ya.. Selain dikatakan paling kuat.. Dia juga digelar genius hanya muncul dalam seribu tahun.. Sebab dia mampu menyusun strategi dengan baik.." ujar seseorang dan mereka menoleh.

Erica terkedu melihat Farhan sedang berjalan ke arah mereka,ditemani Fara di sisinya seperti biasa. Tetapi yang memberi penjelasan,adalah Fara dan Farhan hanya menghela nafas pendek.

"Tuan Farhan!" ujar ahli kedua-dua skuad.

"Kalau sesiapa nak berada di sisi dia sebagai teman.. Kena tahan dengan mulut dia.. Bisa namati.." seloroh Farhan dengan muka tidak bersalah.

"Amboih sedap mengata aku.. Kau nak lawan bisa sangat ke?" soal Ikhwan yang sudah tamat berbincang dengan Hafez dan Nazemi.

"Ala kau? Tak mengata kau pun sembur.. Ini pula mengata? Tak payah lah.." kata Farhan dengan muka selamba.

"Haah la kan.. Betul gak cakap kau tu.. Aku tak perasan pulak.." ujar Ikhwan dengan senyuman sinis.

Tidak lama lepas itu,muncul dua orang pemuda berambut putih dan hitam mendarat di belakang Ikhwan. Hafez dan Nazemi menoleh,Nazemi dan pemuda berambut putih berbalas renungan tajam. Malah bagaikan laser kilat bertembung,Hafez hanya terkebil-kebil sahaja tidak faham.

"Aku dah kata.. Uncle ada di sini.." ujar pemuda berambut hitam.

"Ya.. Ya.. Tak sangka pula muka yang aku tak suka pun ada sekali.." kata pemuda berambut putih.

"Kau apahal? Datang-datang tak bagi salam nak mengutuk orang.." Nazemi mula bersuara.

"Lah? Terasa ke?" soal Luqman.

"Luqman.. Sebelum uncle rentungkan kau.. Diam.." ujar Ikhwan dengan senyuman manis,namun menakutkan bagi Luqman.

"B-baik..." kata Luqman dengan anggukan senyuman.

"Kau apahal? Yang tiba-tiba nak cari pasal?" soal Aminudden mengerutkan dahi.

Luqman mendecih dan Ikhwan hanya menggelengkan kepala,kemudian dia memandang ke arah Sakuya. Sedar dipandang oleh Ikhwan,segera Sakuya memandang ke arah lain.

"Kirino Sakuya.." ujar Ikhwan dengan senyuman manis,perlahan-lahan Sakuya menolehnya.

"Apa kata kita melawat keluarga awak?" soal Ikhwan dan Sakuya terkejut.

"Ha?"

Tiga buah kenderaan SUV mengekori kenderaan dipandu Hafez,Sakuya duduk di hadapan untuk menunjukkan arah. Ikhwan di dalam SUV yang betul-betul di belakang kenderaan Hafez,Aminudden sebagai pemandu dan Luqman pula duduk di belakang.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now