Chapter 32 : Pulang ke Mentari

430 50 8
                                    

Hafez dan Shigure berbalas tenungan,kemudian Hafez berpaling dan terus meninggalkan Shigure yang terduduk di atas tanah. Shunsen pula rebah tidak sedarkan diri,ternyata usianya tidak mampu untuk bersaing dengan generasi waktu kini.

"Nanti!!" Shigure bangkit memanggil Hafez.

Langkah Hafez terhenti dan penumbuk dikepal rapat,Shigure berdiri menahan sakit dan termengah-mengah.

"Siapa nama kau?" soal Shigure dan Hafez menoleh ke arahnya.

"Hafez Al'Azham.." balas Hafez dan terus beredar.

Shigure memerhatikan Hafez beredar sehinggalah Ikhwan,menghalang permandangannya dengan senyuman selamba.

"Kau lagi.." ujar Shigure merenungnya.

"Untuk pengetahuan kau.. Sakuya adalah anak kepada adik ayah kau.." kata Ikhwan.

"Apa?" Shigure terkedu.

"Kirino Hakuro.. Dia sepatutnya menjadi ketua bagi puak Kirino.. Namun sebabkan ayah kau gilakan kuasa.. Dia bunuh adik dia sendiri serta isterinya.. Namun anaknya yang selama ini kau anggap adik kandung itu sebenarnya adalah sepupu kau dan ayah kau jaga dengan baik.. Sebabkan kuasa miliknya.." kata Ikhwan lagi dan Shigure terkedu.

"Kau boleh baca selebihnya.. Di sini.." ujar Ikhwan menambah,sambil mencampakkan satu alat seperti sekeping kad.

Shigure menangkap kad tersebut dan Ikhwan hanya memberikan reaksi sinis kemudian beredar,kelibat ahli skuad Ghost dan Specter tidak lagi kelihatan.

"Pandailah diorang balik sendiri.." ujar Ikhwan sendirian.

Hafez menghampiri Sakuya,Erica dan Jeanne sambil diperhatikan oleh Luqman dan Aminudden serta Nazemi. Ikhwan mendekati Luqman dan Aminudden ketika,Hafez dan Sakuya berbalas pandangan.

"Bagaimana? Pilihan kau.. Nak duduk dengan mereka ataupun?" soal Hafez dan Sakuya menggelengkan kepala.

"Saya pilih sertai kamu bertiga.." ujar Sakuya dan Jeanne memeluknya dengan erat.

"Yeayyy.. Comelnya dia.." kata Jeanne memeluk Sakuya dengan erat.

Sakuya dikepit pada kawasan dada Jeanne dengan rapat,membuatkan Sakuya hampir lemas dan Erica hanya mampu terkedu. Hafez sekadar menggelengkan kepala,kemudian dia tersenyum simpul.

"Okay good.." ujar Hafez.

"You smiling.." kata Erica menyedarinya dan Hafez menjelingnya.

"I'm not.."

"Yes you are.."

"Whatever.."

Ikhwan menepuk bahu Luqman dan Aminudden,memberikan isyarat supaya beredar dengan segera. Tidak lama lepas itu,kedengaran bunyi pesawat di atas udara. Paparan skrin visual muncul di hadapan wajah Ikhwan,isterinya iaitu Alisa di skrin visual tersebut.

"Maaf tunggu lama.." ujar Alisa.

"Nah... Kami baru je selesai.." balas Ikhwan tersenyum.

Alisa yang berada di kawasan kokpit pilot,sekadar tersenyum sahaja dan si pilot pula Siddiq Al'Lee memerhatikan keadaan di bawah. Luqman dan Aminudden kelihatan mengangkat tangan,melambai ke arahnya dan Siddiq hanya tersengih.

Ikhwan memandang ke arah Hafez,dua orang pahlawan itu berbalas pandangan. Ikhwan mengangguk dan Hafez sekadar menghela nafas pendek,Ikhwan faham akan reaksi Hafez dan melompat naik memasuki ke dalam pesawat disusuli dua orang anak saudaranya.

Pesawat tersebut terus terbang dan hilang dari pandangan,Hafez sekadar memerhatikan sahaja dan menoleh ke arah Erica,Jeanne,Sakuya serta Nazemi.

"Jom blah.. Lama-lama kat sini buang masa je.." ujar Hafez dan Erica mengeluh.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now