Chapter 13 : Terima Kasih & Selamat Tinggal

454 58 25
                                    


Negara Seraphim,tepat jam pukul 10 pagi. Seorang wanita berambut panjang hitam,dia memandang ke arah langit dari tingkap sebuah bilik yang berada di dalam bangunan yang tinggi.

Dia tersentak kemudian tersenyum,mulutnya terbuka sedikit dengan giginya yang putih.

"Sesuatu yang menarik bakal tiba.." ujar perempuan itu dan pengawal wanita di belakang kehairanan.

"Apa maksud cik muda?" soal pengawal perempuan itu dan perempuan itu hanya tersenyum ke arahnya.

"Awak akan tahu tak lama lagi.." kata perempuan itu.

Hafez dan Nazemi kini ditahan di bilik soal siasat,ini kerana dengan apa yang berlaku tadi. Serangan dari keluarga Argent menimbulkan kekecohan,Hafez dan Nazemi bukan dari warga tempatan di kawasan tersebut.

"Terima kasih atas kerjasama kamu berdua.. Maaflah.. Terpaksa tahan kamu.. Semuanya untuk siasatan.." kata anggota polis yang bertanggungjawab menyoal mereka.

"Tidak apa.. Saya faham kamu hanya mengikut arahan sahaja.." ujar Hafez.

Tidak lama lepas itu,pegawai polis itu menerima panggilan dan terkejut memandang ke arah Hafez serta Nazemi.

"Baiklah.. Ya.. Baiklah.. Saya faham.. Terima kasih.."

Pegawai polis itu mematikan talian,lalu menghela nafas pendek. Hafez dan Nazemi kehairanan dengan reaksi pegawai tersebut,kemudian pegawai itu menoleh ke arah mereka dan tersenyum.

"Kamu berdua boleh pergi.." jelas pegawai polis itu dan Hafez serta Nazemi berpandangan.

"Eh?"

Erica pula ketika itu berada di ruangan menunggu,malah dia tidak menyangka di sebelahnya adalah lelaki yang boleh dikenali seluruh dunia Mithgar ini.

Ikhwan Syah Al'Solleh.

Selama ini dia hanya mendengar cerita,tetapi kali ini dia duduk bersebelahan lelaki tersebut. Seperti duduk di sebelah artis rasanya,Ikhwan hanya sekadar mendiamkan diri.

"Mereka lambat betul.." ujar Ikhwan.

"Eh?" Erica menoleh ke arah si raja naga.

"Hafez dan Nazemi.. Sepatutnya,mereka berdua tu dah keluar.." ujar Ikhwan menghela nafas pendek.

Erica terkebil-kebil sahaja,dia tidak tahu apa yang patut dia katakan. Ikhwan umpama orang besar baginya,apa yang patut dia katakan untuk berbual.

"Tenang miss Erica.. Saya tak makan orang.. Saya makan ayam.." ujar Ikhwan tersengih dan Erica terdiam sejenak kemudian dia tergelak.

"Hehehehe.. Saya tahulah.. Takkan awak kanibal pula.. Hehe.." kata Erica pula.

"Manalah tahu awak ingat saya kanibal ke pe kan.." balas Ikhwan lagi selamba.

"Tidak terdetik pun dalam fikiran saya tuan..hehe.." jelas Erica masih ketawa.

"Lihat? Awak patut lebih kasual dengan saya.. Tidak perlu bersopan tahap dewi.. Cakap formal je dengan saya.."

"Baiklah kalau begitu.. Ermm.. Saya nak tahu mengenai Hafez.." jelas Erica.

"Heh..? Awak dah jatuh hati dengan dia ke?" soal Ikhwan tersengih dan Erica hanya ketawa sahaja.

"Bukan macam tu.. Saya dah jadi rakan pengembaraan dia.. Saya nak tahu juga mengenai dia.. Serba sedikit.." jelas Erica dan Ikhwan agak terkejut kemudian tersenyum.

"Ya.. Masuk akal juga.. Nak mula dari mana ya.."

"Saya nak tahu mengenai tangan kiri dia.." ujar Erica dan Ikhwan terdiam,kemudian dia tersenyum.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now