Chapter 43 : Hafez vs Ikhwan

314 39 7
                                    


Hafez menghela nafas pendek,mengatur langkah dan kuasanya dikawal dengan sebaiknya. Ikhwan tersenyum berdiri di hadapannya,memerhatikan Hafez yang melakukan senaman ringan.

Erica,Jeanne dan Sakuya juga ada bersama. Hidayah dan Azham serta Hafeeza,mereka turut berada di situ. Hafez dan Ikhwan berada di dalam bilik latihan visual,ciptaan dan rekaan serta sedikit gabungan kuasa Ikhwan untuk membuatkan bilik itu mampu menahan segala impak dari pertempuran.

"Siot kau Ikhwan.. Semalam aku baru sparing dengan Fahren.. Hari ni kau nak mock battle dengan aku??" soal Hafez dan Ikhwan tersengih.

"Apa salahnya? Aku dah lama tak berlawan dengan kau.."

"Bagi aku rehat la..." kata Hafez mengeluh.

"Bukan kau dah berehat begitu lama..?" soal Ikhwan dan Hafez hanya meregangkan ototnya.

"Bukan begitu? Mad Lion?" sebaik nama itu diungkapkan,Hafez ketawa sahaja.

"Tolong lah.. Aku rasa dah lama kot tak bertugas sebagai kesatria.."

"Tapi nama tu masih kekal dalam sejarah Mentari.."

"Mad Lion?" soal Erica mendengar apa yang dibicarakan oleh Ikhwan.

"Nama tu adalah nama abang di dunia pahlawan.. Pernah satu kali di dalam misi.. Musuh mengepung abang masa tu.. Jumlahnya memang ramai dalam puluhan ribu.. Tapi abang dengan tanpa takut mati,melawan semua dan menang walaupun luka teruk.." jelas Hidayah.

Sakuya menekup mulutnya kerana terkejut,Jeanne pula tersengih kelat dan Erica hanya memandang ke arah Hafez.

"Tapi kali ini ayah dapat melihat putera Ikhwan beraksi.. Sesuatu yang jarang dilihat.. Apabila lagenda menunjukkan taring.." ujar Azham tersengih.

"Putera Ikhwan memang kuat ke?" soal Sakuya,dia tidak tahu kerana dia bukan terlibat dalam dunia pahlawan sehingga hari ini.

"Well.. Today,you will see that.. How far superior is he..."

Ikhwan dan Hafez berbalas senyuman,Hafez mengaktifkan kuasanya dan mata emas bersinar. Ikhwan menarik helaan nafas,dengan serta-merta rambutnya berubah kemerahan.

"Kau dah sedia Hafez?" soal Ikhwan.

"Sudah tentu..." ujar Hafez.

Ikhwan membuka posisi gaya bertarung,Hafez juga sama dan mereka yang menyaksikan keadaan itu terasa aura dua orang pahlawan tersebut.

Suasana sunyi dan sepi,Solleh yang sedang beristirehat sambil menghirup air minuman buatan Rumina merasai aura Ikhwan dan Hafez.

Mata Ikhwan dan Hafez berbalas tenungan yang dingin,aura mereka mula membesar dan bertembung lalu meledakkan letusan kuat.

FZZZZZTTTTT!!!!!!

BOOFFFFZZTT!!!!

Sakuya tergamam dan hampir terjatuh dari impak pertembungan dua aura,namun Azham sempat memberikan bantuan dengan berdiri di hadapannya.

"Mister Azham?" soal Sakuya dan bahunya disentuh Hafeeza.

"Hati-hati adik manis.. Aura mereka cukup mampu membunuh orang biasa.. Jadi kamu duduk belakang sedikit.." ujar Hafeeza tersenyum mengusap bawah bibirnya.

Aura Hafez dan Ikhwan yang bertembung kembali terpisah,suasana kembali menjadi sunyi dan Hafez membetulkan posisi tarungnya.

Ikhwan kekal dengan gayanya tadi,tidak bergerak seinci pun membuatkan Hafez mula teragak-agak untuk melakukan tindakan.

Field Selected

ANCIENT CITY OF RUIN

Latar belakang berubah menjadi sebuah kota purba yang runtuh,kini Erica dan yang lain menjadi pemerhati dari bilik kawalan. Tidak lama lepas itu pintu terbuka,Erica,Jeanne dan Sakuya menoleh serentak.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now