Aku memandu kenderaan truck jenis camper,pada mulanya aku sudah menukar kenderaan yang sama jenis juga."Kau macam tak puas hati.. Kenapa?" Windalfr menegur.
"Aku cuma teringat putera yang menjengkelkan.." ujar aku dan Windalfr ketawa kecil.
"Kenapa kau nak marah dia? Dia dah banyak bantu kau kan.. Lagi-lagi kenderaan ini.." jelas Windalfr dan aku menghela nafas pendek.
🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸🔸
Semua disebabkan Ikhwan yang suka memaksa,serta apa yang berlaku beberapa jam yang lalu. Ikhwan meminta aku datang ke sebuah lokasi,mahu tidak mahu aku kena ke sana.
"Kita nak ke mana?" soal Erica.
"Kilang pembuatan kenderaan.." jelas aku.
Aku menghentikan kenderaan dan parkir di tempat yang dikhaskan,Erica dan Sakuya melopong melihat sebuah gudang besar. Jeanne hanya tersenyum sahaja,dia anak bangsawan kaya benda seperti itu sudah tentu biasa bagi dia.
"Waaa... Ini kilang buat kenderaan atau kapal angkasa?" soal Erica.
"Awak tak pernah nampak kilang sebesar ini? Bukankah awak juga dari golongan bangsawan?" Jeanne menyoal.
"Awak nak cari pasal ke?" Erica merenung tajam ke arah Jeanne.
"Tidak.. Saya cuma bertanya.." balas Jeanne dengan tenang.
"Bertanya? Dengan nada yang memerli..?" balas Erica.
Jeanne dan Erica berbalas tenungan,aku boleh nampak efek laser dan kilat saling sambar-menyambar. Author,kau boleh jangan melebih?
Sakuya pula dah ketakutan tidak tahu nak lakukan apa,aku menekup muka dan memegang bahu Sakuya.
"Biarkan mereka.. Putera jengkel tu tengah tunggu.." ujar aku.
"Putera jengkel? Siapa tu? Aku ke?" soal satu suara dan aku menjeling ke satu arah.
Ikhwan sudah menunjukkan dirinya,Erica dan Jeanne memberi hormat. Sakuya juga sama,kecuali aku dan rasanya Ikhwan tidak demand aku lakukan sekali.
"Aku dah datang ni.. Kau nak apa?" soal aku.
"Ikut aku.." ujar Ikhwan kemudian melangkah masuk ke dalam pintu kecil.
Aku mendecih dan hanya menurut,Sakuya mengekori kemudia dua orang gadis yang mulanya tadi berbalas tenungan menyusul kami dari belakang.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam gudang kilang,Ikhwan sudah berada di sebelah benda ditutupi kain kanvas tebal. Aku boleh mengagak ianya sebuah kenderaan,apa lagi kalau bukan selain kenderaan kerana kita berada di dalam kilang pembuatan kenderaan beroda.
"Kau tahu ni apa?" soal Ikhwan dan aku membuat muka blur.
"Kita ada di dalam kilang pembuatan kenderaan.. Apa lagi kalau bukan kenderaan di sebalik kain tu.." jelas aku dan Ikhwan tersenyum.
"Kau betul tapi tidak tepat juga.." ujar Ikhwan dengan yakinnya.
"Okay.. Okay.. Aku malas nak meneka.." kata aku putus asa,makin dilayan makin menjadi mamat ni kang.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AventuraDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...