Chapter 54 : Segalanya yang Tersirat

64 11 0
                                    


Hafez dan lelaki berpakaian kot hitam berbalas renungan,suasana agak tegang dan Faezatul muncul lalu berlari mendapatkan Nazemi. Tidak lama lepas itu,muncul lagi empat orang musuh yang berhadapan Nazemi sebentar tadi.

Semuanya adalah perempuan,seorang dewasa dan tiga lagi seperti di usia remaja. Sekitar belasan tahun,mungkin dari 16 ke 18 tahun.

"Jalil..!"

"Rania... Apa yang kau buat hah? Kenapa tidak halang mereka?!" Lelaki bernama Jalil itu menyoal dengan membentak.

"Diamlah,ini salah kau tidak mahu dengar cakap aku.. jangan buat kerja di negara ni..tapi kau degil!"

"Hah? Kau nak bagi syarahan pada aku?!"

Mereka berdua berbalah mulut,tiga lagi gadis remaja hanya memerhatikan sahaja. Hafez merasakan annoying melihat keadaan tersebut,nafas dihelakan panjang.

"Apa siak..." omel Hafez terus menembak kuasanya.

Tindakan Hafez mengejutkan mereka berlima,Jalil dengan pantas menepis tembakannya.

"Hey main kotor menyerang hendap!" Jalil berkata bengang.

"Aku tak nak dengar ayat dari mulut penjenayah seperti kau.."

Lelaki berpakaian kot hitam dipanggil Jalil oleh salah seorang perempuan,campbot memeriksa setiap wajah mereka dan dia berjaya mendapat identiti mereka.

"Lelaki berpakaian kot hitam tu.. namanya Jalil Al'Rabah,dia adalah ketua mereka.. perempuan dewasa itu pula nama Rania.."

Semua menerima maklumat yang dikatakan oleh campbot,Hafez memandang ke arah kenderaan.

"Tiga lagi remaja tu nama mereka adalah dari kiri.. Adeeba yang rendah loli tu.. Nazeema yang tinggi.. dan yang sedang-sedang saja.. tu Khairiya.." tambah campbot.

"Rekod jenayah?" Hafez menyoal.

"Ada banyak tuan,nak saya sebut semua?"

"Banyak mana tu?"

"Tebal macam novel ringan.."

Hafez menundukkan kepalanya,kemudian menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Tak.. tak payah.. banyak sangat tu.. satu lagi.." kata Hafez.

"Ye tuan..?" Campbot menyoal.

"Hubungi Ikhwan.."

"Bukan ke tuan pernah kata tak suka hubungi dia?" soalan Campbot buatkan Hafez mengeluh lagi.

"Itu hal yang berbeza.. hubungi dia! SEKARANG.." arah Hafez.

"APA YANG KAU BEBEL SORANG-SORANG TU HAH?!!" Jalil melakukan tindakan menyerang dengan mengejut.

Jalil meluru laju dan menghayunkan tumbukan,Hafez menahan dengan kemas. Tumbukan Jalil agak berat dirasai Hafez,pemuda itu memandang ke arah Jalil.

DUSSHH!!

BRAAKK!!

KTAKK!!

Hafez menghasilkan tekanan dan Jalil tertolak kuat ke belakang,Rania segera mendapatkan Jalil disusuli tiga gadis remaja.

"Bagaimana dengan bantuan?" Jalil menyoal.

"Mereka dalam perjalanan tuan.." jelas Rania dan Jalil mendecih marah.

"Apa kata korang menyerah?" Hafez mencelah dan Jalil merenung ke arahnya.

"Menyerah?"

"Yeah...lebih senang bagi aku.." balas Hafez.

"Kau fikir aku akan ikut cakap kau?"

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now