Chapter 25 : Persiapan Untuk Gelombang Besar

450 58 7
                                    


Hafez menghela nafas pendek,dia memerhatikan keadaan luar yang masih lagi hujan. Nazemi menghampiri lelaki tersebut,Hafez hanya menjeling ke arah pemuda di sebelahnya kemudian memandang ke luar tingkap.

"Sudah dua hari.. Gadis tu bersama kita.." ujar Nazemi.

"Jadi? Musuh pula?" soal Hafez.

"Apa yang dari pemerhatian drone saya.. Mereka masih dalam keadaan standby.." jelas Nazemi dan Hafez mengangguk faham.

"Adakah Ikhwan tahu mengenai hal ini?" soal Hafez.

"Rasanya ya.. Dia kata akan hantar 2 skuad.. GHOST & SPECTER.." Jelas Nazemi dan Hafez membulatkan matanya.

"Specter?" soal Hafez terkejut.

"Tuan tahu mengenai skuad tu?" Nazemi kehairanan dengan reaksi Hafez.

"Boleh katakan begitu.." kata Hafez.

"Specter Squad ni adalah squad apa? Apa tugasan mereka?"

"Aku tak kenal sangat,tapi dari apa yang dikhabarkan... Mereka ditugaskan hanya ketika misi membunuh..." ujar Hafez.

"Kalau begitu apa masalahnya? Ghost juga pakar dalam pembunuhan bukan?" soal Nazemi.

"Ghost tugasan mereka adalah membantu Ikhwan dan juga melakukan misi menyelamat.. Jarang mereka ditugaskan dalam misi membunuh.." jelas Hafez lagi.

"Tapi Specter pula.. Mereka berlainan.. Mereka tidak beri belas kasihan.. Jika bunuh.. Mereka akan terus bunuh.." tambah Hafez lagi dan Nazemi tergamam,bunyi guruh kedengaran sambil diselangi sambaran petir.

Nazemi tidak mahu bertanya lagi dan Hafez membisukan diri,dari jauh ada sepasang mata memerhatikan rumah kapsul Hafez. Juro dan beberapa orang lengkap berpakaian ninja,sedang mengawasi rumah tersebut.

"Bagaimana Juro-san? Apa yang patut kita lakukan?" soal salah seorang ninja.

"Kita tak boleh bertindak dengan sembarangan.. Pihak yang menjaga Sakuya bukan calang-calang.. Kita kena atur strategy." ujar Juro.

"Saya faham Juro-san.." akur ninja itu.

"Tetapi.. Kenapa Shusui-sama nak pelacur tu juga? Cari saja yang lain.." luah seorang lagi ninja.

"Hey..!" rakan-rakan ninja yang lain memberi amaran.

Juro tidak menjawab dan hanya sekadar mendiamkan diri,dia mula teringatkan ketika pertama kali dia bertemu dengan Sakuya.

Senyumannya dan gelak tawa gadis itu,walaupun dipaksa memuaskan nafsu lelaki-lelaki hidung belang tetapi Sakuya tetap tersenyum menghadapi dugaan.

Penumbuk dikepal dan merasa dirinya lemah,tidak berkuasa untuk melakukan untuk gadis tersebut. Juro hanya menghela nafas pendek,kemudian dia tersentak merasai renungan tajam dan niat membunuh dalam sekelip mata.

"Musuh?!" soal ninja yang lain kerana merasai daya tersebut.

Tetapi hanya sedetik sahaja mereka merasai niat membunuh itu,kemudian daya kuasa tersebut terus lenyap begitu sahaja. Juro tidak dapat mengesan dari mana datangnya kerana berlaku dalam sekelip mata.

Pada masa itu juga,seorang pemuda berambut merah dengan kedua tangan menyeluk pada poket seluar. Nafas dihelakan kemudian berjalan pergi,tetapi langkahnya terhenti kerana Ikhwan muncul di hadapannya.

"Ah.. Sixth.." ujar pemuda berambut merah.

"Bagaimana?" soal Ikhwan.

"Boleh tahan.. Mereka dapat kesan walaupun sejauh ini.." puji pemuda berambut merah dan Ikhwan tersenyum.

LEFT HAND OF GOD™Where stories live. Discover now