Nazemi mengeluh pendek,tiada maklumat yang dia mahukan. Kopi dihirup dan helaan nafas pendek,dia lepaskan kemudian mendongak ke langit."Nampaknya kena lakukan sesuatu.." ujarnya sendirian.
Tidak sampai berapa saat,muncul sepasang kembar perempuan duduk semeja dengannya. Nazemi mengeluh sekali lagi dengan kehadiran mereka, pasangan kembar itu tersenyum melihat reaksi Nazemi.
"Hey kenapa mengeluh je.." sapa salah seorang kembar.
"Entah tu ada perempuan cantik duduk semeja dengan dia pun nak mengeluh.." kata seorang lagi kembar dan Nazemi mengeluh sahaja.
"Apa yang korang buat di sini Angelina.. Angelica.." Nazemi menyoal terpaksa,jika tidak dilayan makin bising kembar ni nanti.
"Sini tempat awam..kafe,apa masalahnya kami berada di sini?" Jawab Angelina,si kembar kakak.
"Atau awak mahu bersendirian..? Ataupun kesepian?" Angelica si kembar adik menambah.
"Korang berdua ni sejak join kumpulan putera devil tu mulut makin tajam apahal? Aku ada buat korang tak puas hati ke apa?" Nazemi mula menyoal dan pasangan kembar itu berpandangan,apahal mamat ni emo tiba-tiba?
"Lica..mind your word.." Angelina memberi nasihat, Angelica menutup mulutnya.
"Sorry Alif,saya tak sengaja..." Angelica menyusun sepuluh jari memohon maaf.
Nazemi malas nak berkata banyak,dia terus bangun selepas meletakkan sekeping duit di atas meja kemudian terus melangkah pergi. Meninggalkan pasangan kembar itu yang terkebil-kebil,sudahlah dia bengang sebab hanya sedikit sahaja maklumat yang dia dapat kemudian datang pula kembar tadi.
Dia menunggang Spyder bike yang diparkir tidak jauh dari kafe,kemudian enjin dihidupkan lalu segera memecut pergi meninggalkan kawasan tersebut.
"Apahal mamat tu? Berangin je.." sapa seseorang yang muncul di belakang kembar berdua itu.
"Ah..ketua.." jawab Angelica dan Angelina serentak menyedari kehadiran Luqman yang kehairanan.
Nazemi menghentikan kenderaan sebaik tiba di garaj rumahnya,topi keledar ditanggalkan dan memandang ke arah sekeliling. Motorsikal berbagai jenis tersusun rapi di dalam garaj,dan hanya sebuah kenderaan 4X4 parkir kemas.
Namun sebaik dia melangkah masuk ke dalam rumah,mukanya terus cemberut jadinya kerana kehadiran Ikhwan yang selamba duduk kaki bersilang di ruang tamu.
"Tuan putera.." ujar Nazemi.
"Yo!" sapa Ikhwan tersengih.
"Camne tuan putera masuk? Semua pintu kunci rapat.."
"Ah.. Pasal tu aku kopak pintu belakang.."
Mendengar jawapan daripada Ikhwan terus Nazemi berlari ke dapur,iaitu di mana pintu belakang berada namun tiada kerosakan yang dialami. Nazemi kembali ke ruang tamu,Ikhwan tersenyum tidak bersalah.
"Aku cuma bergurau..kau lupa aku boleh masuk semua tempat tanpa perlukan kunci?" Jelas Ikhwan dan Nazemi mula terasa bengang.
"Tuan putera ia tak kelakar.." balas Nazemi menahan geram dan Ikhwan tersengih ketawa kecil,kemudian dia berhenti ketawa lalu air mukanya berubah serius.
Nazemi merasai atmosfera berubah,dia menelan air liur dan mulut diketap rapat serta jantung berdegup kencang.
"Kau tengah siasat mengenai organisasi digelar Dark Moon bukan?" soal Ikhwan dan Nazemi agak terkejut,kemudian dia mengangguk.
"Ya..bagaimana tuan putera.."
"Tak payah tahu macam mana aku ada intel.. yang penting sekarang kau nak ni ke sana? Untuk maklumat yang kau mahukan?" Ikhwan menyoal dan Nazemi mengerutkan dahi.
YOU ARE READING
LEFT HAND OF GOD™
AventureDendam.. Kemarahan.. Benci.. Dusta... Perkataan itu bermain di mindanya.. Peristiwa hitam yang mengorbankan rakan karibnya serta insan tercinta segar di dalam ingatan.. Hafez Al'Azham,pahlawan badai memburu individu yang mengakibatkan korban rakan...